PAUTAN
SK ASSAM JAWA
PAUTAN
FOKUS UTAMA UNIT HEM
Memastikan semua warga sekolah termasuk ibubapa sedar akan matlamat sekolah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Menyemai budaya ilmu, berakhlak mulia, berdisiplin, beriman dan bersih rohani serta jasmani di kalangan pelajar.
Membentuk sikap positif kendiri pelajar.
Memperkasa etos sekolah berimej, berkualiti dan berkesan.
Melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama, berketrampilan, bersyukur dan bertaqwa.
Memastikan Budaya 8 S 1 T menjadi tonggak dalam pembangunan modal insan.
Membudayakan Amalan Penyayang antara guru dan murid serta murid dan guru.
Memperkasa program pembangunan modal insan dan membina budaya bangsa dalam kalangan warga murid.
Memperkasa kebajikan murid dan pengurusan biasiswa.
Memperkasa sistem mentor-mentee dan unit bimbingan dan kaunseling.
Memperkasa pengurusan dan pelaksanaan 3K iaitu sekolah selamat, bersih dan sihat.
Memastikan setiap program ditangani dengan bijak dan berhemah berdasarkan kaedah penerapan, kasih sayang dan berfokus.
Memperkasa Lembaga Disiplin Pelajar dan Badan Pengawas.
Memperkasa pengurusan infrastruktur yang mantap supaya pengurusan bilik darjah dan bilik– bilik khas lebih konduksif dan bertaraf lima bintang.
Memperkasa pengurusan buku teks dan bilik SPBT bertaraf lima bintang.
Memperkasa pengurusan tandas murid dan guru bertaraf lima bintang.
Menanam sikap integrasi kaum dalam semua program dan aktiviti murid.