Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan
Salam SAJGETER TS25
Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT dengan belas ikhsan, limpah kurnia serta izin-Nya, Portal SAJGETER TS25 dapat dibangunkan dengan kerjasama semua warga sekolah ke arah perkhidmatan yang lebih efektif dan cekap. Laman sesawang ini dibangunkan sebagai satu inisiatif ke arah mencapai matlamat Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan. Laman ini dijadikan 'one stop cente (OSC)' kepada capaian maklumat untuk semua warga sekolah khususnya.
Dalam kemodenan arus pendidikan ledakan teknologi mampu membantu kita bekerja dengan lebih efisien. Diharapkan dengan adanya laman sesawang ini dapat dijadikan sebagai platform utama untuk warga sekolah mendapatkan maklumat dengan cepat bagi meneruskan usaha ke arah memartabatkan profesion keguruan dalam memenuhi hasrat kerajaan ke arah mencapai objektif dan peningkatan produktiviti.
Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan pentadbir, guru-guru serta staf yang sentiasa memberikan sokongan padu ke arah mencapai kecemerlangan sekolah ini. Sebagai satu pasukan yang bersifat lebih komprehensif kita semua perlu memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi VISI dan MISI yang ditetapkan agar segala usaha akan menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan serta memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang diceburi ini .
Saya mengambil kesempatan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Portal SAJGETER TS25 ini. Semoga laman ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pihak. Semoga segala usaha kita dalam memartabatkan profesion perguruan akan diberkati Allah SWT.
Akhir kalam, kepada semua warga sekolah, teruskan usaha gigih kita agar Sekolah Kebangsaan Assam Jawa akan terus maju jaya dan berprestasi cemerlang di dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Sekian, terima kasih.