TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH


Sukan tahunan merupakan salah satu aktiviti yang wajib diadakan di peringkat sekolah.Temasya sukan di SK Assam Jawa merupakan kesinambungan daripada kejohanan sukan tahunan yang telah diadakan. Acara sukan ini terbuka kepada murid tahap dua iaitu terbuka kepada semua murid tahun tahun satu hingga tahun 6. Aktiviti ini dijalankan bagi membina kekuatan dan kecergasan fizikal serta mental murid-murid selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 

Melalui temasya sukanini, bakat para pelajar di dalam acara sukan yang dipertandingkan dapat dicungkil dan membantu pihak sekolah menyediakan pasukan yang mantap untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Acara-acara yang dipertandingkan dibahagikan kepada dua iaitu acara sebelum sukan bermula dan acara pada hari temasya sukan. Acara sebelum sukan iaitu acara padang berlangsung seperti acara lompat tinggi ,lompat jauh dan lontar peluru manakala hari temasya sukan berlangsung acara yang dipertandingkan adalah acara balapan seperti lari 100 meter,200 meter, 4 X 100 dan acara sukaneka tahap 2. Setiap murid hanya boleh mewakili 2 acara individu dan 2 acara berkumpulan. 

Murid yang tidak terlibat juga mempunyai acara tersendiri iaitu perbarisan seperti perbarisan rumah sukan. Peruntukan hadiah bukan sahaja untuk pemenang acara permainan malah hadiah perbarisan terbaik juga disediakan. Matlamat utama temasya sukan peringkat sekolah ini diadakan adalah bagi memastikan semua murid dapat melibatkan diri di dalam aktiviti sukan di mana ,setiap murid perlu berusaha menyumbang mata untuk kemenangan rumah masing-masing. 

Diharapkan dengan adanya temasya sukan seumpama ini bakat murid dapat di gilap selain dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.