IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia membuat ikrar bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas.
Ke arah ini kami
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh Negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
IKRAR GURU
Bahawasanaya kami guru Negara Malaysi dengan ini berikrar:
Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami.
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukunegara pada setiap masa.