PAUTAN
SK ASSAM JAWA
PAUTAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Visi Panita Sains ialah Menjana Menjana Kemenjadian Murid Berprestasi Unggul dan Berdaya Saing. Bagi merealisasikan visi ini, panitia sains komited dengan misi ‘Memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti, Mengoptimumkan Sumber Manusia dan Kepakarannya Untuk Melahirkan Insan yang Cemerlang, Inovatif, Berakhlak Mulia dan Berdaya Saing’. Panitia Sains juga menyasarkan peningkatan prestasi dalam mata pelajaran Sains. Sasaran ini sudah tentu memerlukan kerjasama semua sahabat guru agar sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan sekolah.
Semua murid akan mengikuti kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Transformasi Pendidikan Negara. KSSR adalah kurikulum kebangsaan yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Penilaian murid yang berasaskan “ exam oriented “ akan diubah kepada penilaian yang menyeluruh iaitu ‘School Based Assesment’ atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).
Oleh itu, marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa kita, sama-sama menetapkan azam baru untuk memajukan anak bangsa kita dan sama-sama berdoa agar generasi ini lebih cemerlang dan terbilang pada masa akan datang. Pewaris generasi akan datang ini mampu menyahut cabaran dan memastikan kesejahteraan negara berkekalan dan lebih tinggi dari sebelumnya. Mereka adalah penentu kegemilangan negara kelak. Oleh itu, saya yakin semua ahli panitia telah melaksanakan tanggunjawab pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dan berkesan dan sentiasa mencari iniasiatif untuk memantapkan lagi PdPc.
Saya yakin dengan sokongan padu dari semua guru akan dapat merealisasikan matlamat dan hasrat panitia ke arah kemenjadian murid yang berprestasi unggul dan berdaya saing.