SAJGETER PUSAT PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2027 merupakan satu pentaksiran standard yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai kesesuaian dan potensi murid untuk kemasukan ke sekolah khusus. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik, sahsiah, potensi kepimpinan serta kebolehan berfikir untuk melanjutkan pendidikan di institusi pendidikan khusus yang bersesuaian dengan kebolehan dan minat mereka.
Bagi sesi akademik 2027, permohonan sekolah khusus melibatkan calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Antara laluan sekolah khusus yang berkaitan termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Sistem permohonan menggunakan konsep Single Entry Point, iaitu permohonan dibuat melalui sistem berpusat.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun 2027
Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Tarikh Penting:
Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026