Menu Utama e-KomPeG
Apakah standard dan outcome yang hendak ditaksir melalui tugasan?
Outcome dan Indikator
Outcome pembelajaran merupakan matlamat dan objektif jangka panjang yang ditaksir secara sumatif atau dalam tempoh yang lama. Contoh ialah kemahiran mengumpul maklumat, berfikir secara kritis dan kreatif serta menyelesaikan masalah.
Indikator outcome merupakan aktiviti dan tugasan yang spesifik dan ianya boleh ditaksir melalui tugasan prestasi. Contoh ialah kemahiran menggunakan bahan dari pelbagai sumber untuk membuat sesuatu keputusan.
Apakah indikator yang boleh ditaksir dan diukur?
Tugasan berdasarkan outcome dan indikator
Contoh: Kemahiran mengumpul maklumat untuk membuat keputusan boleh diukur melalui aktiviti: latihan menggunakan internet untuk mengumpul maklumat, analisis dokumen bersejarah dan menulis surat kepada pihak berkaitan.