Menu Utama e-KomPeG
CONTOH KOMPONEN
PANDUAN PENSKORAN
Panduan yang disediakan untuk memberikan skor terhadap respon yang diberikan.
Dokumen yang mengandungi jawapan/contoh jawapan, panduan untuk menskor respon calon dan pembahagian skor bagi setiap tugasan yang terdapat dalam setiap item.
Dokumen ini akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan darjah ketekalan yang tinggi untuk menjamin keadilan dalam pentaksiran.
TUJUAN PANDUAN PENSKORAN
Menentukan ketekalan skor antara pemeriksa.
Memastikan ketepatan pemberian skor.
Menunjukkan aspek yang diambilkira semasa membuat pertimbangan tentang jawapan yang dikemukakan oleh murid.
Memastikan pemberian skor sepadan dengan konstruk yang ditaksir dan tugasan yang dilaksana murid.
PANDUAN PENSKORAN (ANALITIK)
Skor diberi pada peringkat-peringkat tertentu.
Skor mengikut poin jawapan yang ditentukan.
Setiap poin ditentukan pemberatan skor.
Peraturan menolak skor / pemberian skor maksimum.