Menu Utama e-KomPeG
Miller, Linn and Gronlund (2009)
Kesahan ialah :
Kesesuaian/ ketepatan interprestasi dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu prosedur pentaksiran untuk sekumpulan individu .
Bukan prosedur semata-mata.
Kesahan diukur (tinggi, sederhana, rendah)
Spesifik kepada kegunaan untuk sekumpulan calon ujian
McMillan (2004)
Kesahan ialah :
Takat sesuatu pentaksiran itu mengukur secara tepat apa-apa yang ingin diukur
Takat ujian itu mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur (tahap ujian itu adakah dapat memenuhi objektifnya?)
Tahap ujian itu mengukur apa-apa yang hendak diukur.
Kesahan ialah :
Sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji itu.
Satu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Kesahan ujian adalah berdasarkan tujuan ujian itu diadakan.
Terdapat empat jenis kesahan:
Kesahan kandungan
Kesahan konstruk
Kesahan semasa
Kesahan ramalan
Definisi: sejauh mana instrumen mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan
Matlamat: memastikan semua isi dan kandungan bidang yang diukur menggambarkan bidang tersebut
Berdasarkan: skop, objektif dan kandungan sesuatu bidang yang dikaji.
Pendapat pakar atau penilai luar diperlukan bagi menilai kesesuaian butiran bagi domain yang dipilih.
Terdapat dua ciri kesahan kandungan:
Mewakili - Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur.
Item dalam instrumen mesti mewakili pentaksiran dari segi:
❑ Cakupan kurikulum
❑ Kepelbagaian item
❑ Aras kesukaran yang dihasratkan
❑ Kepelbagaian cara penyoalan
Relevan - Item dalam instrumen pentaksiran mestilah menepati dari segi :
❑ Kumpulan sasaran
❑ Aras kesukaran
❑ Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
❑ Penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi sesuatu bidang
Definisi : sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur sifat semula jadi & tingkah laku manusia
Bergantung kepada teori psikologi & sosiologi. Contoh :
Pegangan sesuatu nilai (bertambah) bermula umur belasan hingga dewasa
Latar belakang pendidikan – tidak menjamin ketinggian nilai moral
Tidak dapat diperhatikan secara langsung
Boleh dibuat telahan berdasarkan kepada kesan tingkah laku yang boleh diperhatikan mengikut trait.
Sesuai bagi menguji sesuatu yang abstrak
Contoh : Jika suatu ujian merupakan ujian membaca, maka konstruk yang perlu dipertimbangkan:
Kemahiran membaca secara kuat
Kemahiran membaca secara senyap
Kefasihan
Pemahaman kandungan
Kelajuan membaca dalam ujian kefahaman membaca
Kemahiran membaca dalam ujian penaakulan sains (Kemahiran yang tiada kaitan dengan pentaksiran)
Maksud : Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu.
❑ Kaedah memperoleh kesahan semasa :
Adakah soalan dapat mengaitkan kejayaan sesuatu kemahiran dengan kemahiran lain ?
Pilih kriteria dan korelasikan markah ujian dengan skor kriteria pada masa yang sama.
Tujuan : Untuk menentukan sama ada skor kriteria dapat digantikan dengan skor ujian ataupun tidak.
❑Dalam konteks bilik darjah, aspek kesahan serentak ditekankan apabila guru berminat untuk melihat hubungan antara prestasi ujian dengan prestasi semasa bagi ujian yang berlainan.
✔Guru perlu memperoleh kedua-dua skor pengukuran tersebut dalam masa yang hampir sama dan dikolerasikan keputusannya.
✔Biasanya dilakukan apabila sesuatu ujian dianggap sebagai pengganti ujian yang menggunakan suatu kaedah pengumpulan maklumat yang terlalu rencam dan mengambil masa yang lama.
Maksud : Ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa hadapan.
✔Guru dapat membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan dengan merujuk tahap skor suatu ujian
✔Ujian percubaan yang dilaksanakan beberapa bulan sebelum peperiksaan awam merupakan contoh suatu ujian pra untuk meramal prestasi murid pada ujian yng sebenarnya.
✔Amir memperoleh 11 A dalam peperiksaan percubaan di sekolahnya juga memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
⮚Peperiksaan percubaan di sekolah mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk tentukan pencapaian Amir dalam peperiksaan SPM.