Menu Utama e-KomPeG
Apakah maksud Penjajaran?
Penjajaran merupakan proses untuk memastikan persekitaran pembelajaran dan pentaksiran adalah sesuai dan selari dengan objektif pembelajaran.
Apakah maksud Penjajaran Konstruktif?
Penjajaran Konstruktif adalah proses untuk memastikan persekitaran pembelajaran dan pentaksiran yang sesuai serta selari dengan objektif pembelajaran dengan andaian bahawa murid memahami dan membina pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang relevan.
Dalam penjajaran konstruktif, murid membina kefahaman dan makna.
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam peringkat perancangan?
1- Objektif atau Hasil Pembelajaran
2- Kaedah atau Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
3- Kaedah/Aktiviti/Tugasan Pentaksiran
TUGAS GURU
Melibatkan murid dalam aktiviti -aktiviti pembelajaran yang akan menggalakan murid berfikir untuk memahami serta memaksimumkan apa yang mereka boleh belajar daripada pengalaman mereka