Menu Utama e-KomPeG
Pembinaan item memerlukan kombinasi pelbagai kemahiran yang dapat dikuasai melalui latihan yang intensif dan kritikal dan juga melalui pengalaman. Proses ini juga memerlukan kreativiti kerana setiap item yang dibina mengikut spesifikasinya mempunyai peranan tertentu dalam sesuatu ujian.
Tidak ada satu formula khusus untuk menghasilkan item yang baik. Prinsip asas dan panduan pembinaan item boleh digunakan sebagai panduan semasa membina item, tetapi pertimbangan dalam mengaplikasikan prinsip dan panduan inilah yang akan menentukan sama ada item yang dibina itu baik atau sebaliknya.
Proses menilai item melibatkan 9 poin utama iaitu:
Akur Kurikulum
Akur Peluang
Akur Spesifikasi
Tepat Konstruk
Tepat Tajuk
Jelas
Sesuai Kesukaran
Sesuai Penting
Sesuai Adil