Menu Utama e-KomPeG
KEKUATAN ITEM OBJEKTIF
Dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan pemahaman dengan berkesan;
Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian;
Analisis item selepas ujian mudah dijalankan. Ujian ini perlu diprauji dan berdasarkan data praujian ini, ujian yang berbeza kesukaran dapat dibina;
Lebih tinggi kebolehpercayaan;
Jawapan dapat diperiksa dengan cepat, tepat dan lebih objektif;
Lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif.
KELEMAHAN ITEM OBJEKTIF
Perlu lebih banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item ujian yang bermutu tinggi;
Kurang sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti analisis, sintesis dan kreativiti;
Tidak dapat menguji kebolehan murid menyusun dan membentangkan idea dalam bentuk tulisan;
Kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif;
Kesan faktor familiarity- prestasi cemerlang tidak semestinya mempamerkan keupayaan sebenar murid;
Faktor Penekaan- kurang dapat menguji keupayaan sebenar mereka.