Menu Utama e-KomPeG
LANGKAH 1
Kenal pasti Bidang & Kandungan Mengikut Tahap/Tahun/Tingkatan
Contoh:
Mata pelajaran:Dunia Sains Komputer
Tahun :5
Topik: Inkuiri Saintifik
LANGKAH 2
Kenal pasti Standard
Contoh:
Di samping menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan fenomena sains, murid akan membina kemahiran untuk menggunakan proses asas memahami sains melalui pemantauan, penjelasan, membuat andaian, membezakan, mengukur, mengelaskan, meramal soalan, dan menggunakan data untuk membuat justifikasi kesimpulan.
LANGKAH 3
Kenal pasti Indikator
Contoh:
Murid menggunakan kemahiran proses sains untuk memahami sesuatu fenomena berkaitan dengan dunia. Contoh indikator:
Bertanya soalan-soalan dalam bentuk yang boleh dikaji (researchable questions).
Merancang dan menjalankan penyiasatan/inkuiri.
Mengesan dan menginterprestasi maklumat dengan menggunakan alat dan instrumen untuk menjana keputusan.
Memilih dan mengguna pelbagai alat yang sesuai untuk mengukur pemerhatian ke atas kuantiti fizikal.
LANGKAH 4
Kenal pasti Pengetahuan - Apa yang murid perlu tahu
Contoh:
Fahami apakah pengetahuan yang murid perlu kuasai - Apa yang murid patut tahu?
Pengetahuan tentang konsep: Fenomena saintifik, pemantauan, pengukuran dan sebagainya.
Pengetahuan tentang prinsip:
Prinsip-prinsip asas Sains, pemantauan, pengkuran, membuat andaian, membuat kesimpulan dan sebagainya.
Pengetahuan tentang kaedah:
Membuat memantau, menjalankan kajian saintifik, membuat kesimpulan dan sebagainya.
Pengetahuan tentang Prosedur/langkah:
Menjalankan kajian saintifik, memproses data kajian, memantau dan sebagainya.
Pengetahuan tentang nilai murni dan etika:
Dalam belajar, menjalankan kajian saintifik, membuat andaian, menganalisis data, menginterprestasi data dan sebagainya.
**Contoh mengenal pasti Pengetahuan:
Di samping menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan fenomena sains, murid akan membina kemahiran untuk menggunakan proses asas memahami sains melalui pemantauan, penjelasan, membuat andaian, membezakan, mengukur, mengelaskan, meramal soalan dan menggunakan data untuk membuat justifikasi serta kesimpulan.
Refleksi:
Soalan: Apakah pengetahuan yang murid perlu kuasai?
Jawapan: Murid perlu tahu tentang fenomena saintifik dan proses Sains.
LANGKAH 5
Kenal pasti Kemahiran dan Nilai - Apa yang murid perlu buat
Contoh:
Merujuk kepada standard yang sama. Apakah kemahiran yang murid patut kuasai?
Murid perlu mahir dalam proses sains berikut:
Mengemukakan soalan kajian
Merancang dan menjalankan penyiasatan
Memilih dan mengguna kaedah dan alat
Memantau
Memberi penjelasan
Membuat andaian
Membezakan
Mengukur
Mengelas
Membuat ramalan
Mengguna data untuk membuat kesimpulan
LANGKAH 6
Topik atau Konteks - Apa yang akan digunakan untuk mengajar. Konsep dan kemahiran unit khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti
Contoh:
Pemantauan dalam dunia sebenar
LANGKAH 7
Kenal pasti Idea-Idea Utama
Setelah standard dirungkai, langkah seterusnya ialah mengenal pasti idea-idea utama yang terangkum. Rasional dan proses mengenal pasti idea-idea utama akan dijelaskan.
Contoh:
Ciri-ciri idea utama adalah seperti berikut
Ringkas dan tepat: Biasanya lima ke sepuluh patah perkataan
Konseptual: Tidak boleh dijawab secara fakta atau dengan kenyataan Ya/Tidak
Terbuka (Open-ended): Membolehkan pelbagai perspektif; tidak ada satu jawapan yang betul
Meluas dan Berpanjangan: Idea yang merentas masa dan boleh digunakan kepada bidang pembelajaran lain.
Refleksi
Soalan: Apakah itu idea utama?
Jawapan:
Idea utama merupakan suatu kesedaran, jumpaan atau kesimpulan yang dicapai sendiri oleh murid, sama ada semasa pengajaran atau selepas pengajaran.
Berbentuk generalasi utama yang murid perolehi selepas memahami gambaran yang lebih besar (the big picture).
Diperolehi daripada pemahaman yang mendalam tentang konsep yang dikaji.
Pemahaman kekal yang murid pegang dalam proses pembelajaran mereka.
LANGKAH 8
Kenal pasti Soalan-Soalan Penting
Langkah seterusnya adalah proses untuk menulis soalan penting yang guru akan kongsi bersama murid di permulaan unit pengajaran. Soalan-soalan ini digunakan sebagai saringan pengajaran untuk memilih pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang akan meningkatkan kefahaman murid tentang konsep dan kemahiran yang dirungkai bagi mendorong murid untuk menemui idea-idea utama dengan sendiri.
LANGKAH 9
Bina Soalan-soalan Penting
Matlamatnya adalah untuk membolehkan murid menjawab soalan-soalan penting dengan idea-idea utama yang dinyatakan dalam perkataan mereka sendiri.
Ciri-ciri soalan penting:
Timbul daripada idea utama
Ringkas dan padat
Soalan terbuka yang tidak boleh dijawab dengan Ya atau Tidak, atau dengan mengingat sahaja
Soalan penting yang baik memerlukan tindak balas kemahiran berfikir aras tinggi
Perkara berikut perlu dipertimbangkan untuk guru menilai soalan:
Adakah soalan saya berbentuk soalan terbuka?
Adakah soalan melibatkan kemahiran berfikir murid?
Adakah soalan memerlukan murid hanya mengingat semula seperti "siapa, apa, di mana dan bila?" atau menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti "Bagaimana" dan "Mengapa"
Adakah idea utama saya dapat menjawab dengan ringkas dan padat serta berkesan soalan penting yang dikemukakan.