Pertandingan Pemburuan Maya Forensik
STEM Forensik 2026 (Pertandingan Pemburuan Maya dan Pertandingan Menulis Puisi Sains)
Pertandingan Pemburuan Maya Forensik
Pertandingan Pemburuan Maya anjuran STEM UNISEL akan berlangsung secara dalam talian pada 24 Jun 2026 (Rabu) melibatkan peserta sekolah rendah, menengah dan IPT. Menggunakan platform Google Form, peserta menyelesaikan kes jenayah melalui teka-teki, eksperimen mudah dan aktiviti berasaskan pemikiran kritikal serta kreatif. Pertandingan berdurasi tiga jam ini disertai secara percuma, manakala satu webinar berbayar turut diadakan sebelumnya bagi memberi pendedahan awal tentang teknik penyelesaian kod. Bahan eksperimen dimaklumkan sebelum pertandingan melalui Instagram STEM UNISEL. Keputusan akan diumumkan di sebelah petang semasa majlis penutup.
Pertandingan Menulis Puisi Sains STEM Forensik
Pertandingan Menulis Puisi Sains 2026 yang dibuka khusus untuk pelajar sekolah menengah akan berlangsung dari 11 Mei hingga 12 Jun 2026. Peserta hanya diminta menghantar karya puisi tanpa perlu mendeklamasikannya. Penyertaan adalah percuma, namun caj RM10 dikenakan bagi yang ingin mendapatkan sijil penyertaan digital.