Pertandingan Pemburuan Maya Forensik
Tahniah kepada semua pemenang STEM Forensik 2025
Pertandingan Pemburuan Maya Forensik
Pertandingan Pemburuan Maya anjuran STEM UNISEL telah berlangsung secara dalam talian pada 25 Jun 2025 melibatkan peserta sekolah rendah, menengah dan universiti. Menggunakan platform Google Form, peserta menyelesaikan kes jenayah melalui teka-teki, eksperimen mudah dan aktiviti berasaskan pemikiran kritikal serta kreatif. Pertandingan berdurasi tiga jam ini disertai secara percuma, manakala satu webinar berbayar turut diadakan sebelumnya bagi memberi pendedahan awal tentang teknik penyelesaian kod. Bahan eksperimen dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan melalui Instagram STEM UNISEL. Program ini berjaya menarik penyertaan ramai dan menerima maklum balas positif.
🎉Keputusan Penuh Pertandingan Pemburuan Maya Forensik 2025 🎉
Pertandingan Menulis Puisi Sains STEM Forensik
Pertandingan Menulis Puisi Sains 2025 yang dibuka khusus untuk pelajar sekolah menengah telah berlangsung dari 28 April hingga 8 Jun 2025. Peserta hanya diminta menghantar karya puisi tanpa perlu mendeklamasikannya. Penyertaan adalah percuma, namun caj RM10 dikenakan bagi yang ingin mendapatkan sijil penyertaan digital.