Tahniah kepada semua pemenang STEM Forensik 2025
Pertandingan karya sains fiksyen memerlukan peserta menulis cerita pendek sains fiksyen berkisarkan sains forensik bertemakan forensik serangga (entomologi). Pertandingan kali ini melibatkan kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan kategori terbuka. Pertandingan berlangsung selama 2 bulan (1 Ogos, Selasa – 1 Oktober 2023, Ahad). Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap penyertaan.
Pertandingan menulis puisi sains dibahagikan kepada kategori sekolah menengah dan kategori terbuka. Pertandingan berlangsung selama 2 bulan (1 Ogos, Selasa – 1 Oktober 2023, Ahad). Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap penyertaan.
Pertandingan pemburuan maya (virtual hunt) yang melibatkan peserta bagi dua kategori iaitu sekolah rendah (bawah 12 tahun) dan menengah dan universiti (atas 13 tahun). Pertandingan yang menggunakan platform maya ini memerlukan peserta merungkai dan menyelesaikan kes jenayah melalui cabaran dan halangan berasaskan teka teki dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritikal dan kreatif. Pertandingan berlangsung selama 3 jam pada sebelah pagi, 12 Oktober 2023, Khamis. Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap kumpulan.