Pertandingan pemburuan maya (virtual hunt) melibatkan peserta bagi dua kategori iaitu sekolah rendah (bawah 12 tahun) dan menengah dan universiti (atas 13 tahun). Pertandingan yang menggunakan platform maya ini (Google Form) memerlukan peserta merungkai dan menyelesaikan kes jenayah melalui cabaran dan halangan berasaskan teka teki dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritikal dan kreatif. Terdapat juga eksperimen ringkas yang perlu dijalankan dan memerlukan peserta memuat naik gambar hasil eksperimen. Pertandingan berlangsung selama 3 jam pada sebelah pagi, 25 Jun 2024, Selasa. Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap kumpulan. Taklimat pertandingan dan bahan eksperimen yang perlu disediakan peserta akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan.