Pertandingan pemburuan maya (virtual hunt) yang melibatkan peserta bagi dua kategori iaitu sekolah rendah (bawah 12 tahun) dan menengah dan universiti (atas 13 tahun). Pertandingan yang menggunakan platform maya ini memerlukan peserta merungkai dan menyelesaikan kes jenayah melalui cabaran dan halangan berasaskan teka teki dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritikal dan kreatif. Pertandingan berlangsung selama 3 jam pada sebelah pagi, 25 Jun 2023, Selasa. Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap kumpulan.