Tekan Tubi

a) Tekan tubi (lelaki)    b) Tekan tubi ubah suai


TEKAN TUBI - LELAKI

Prosedur Ujian

1. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah

seperti Ilustrasi 5.

2. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan

sokong hadapan dan tangan dibuka seluas bahu. Berat badan

disokong oleh tangan yang lurus dan hujung kaki. Kedudukan

badan dan kaki sentiasa diluruskan dengan muka memandang ke

lantai – rujuk Gambar A.

3. Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm – rujuk Gambar B.

4. Luruskan tangan ke kedudukan asal – rujuk Gambar C.

5. Turutan lakuan seperti Gambar A, B, dan C melengkapkan kiraan satu ulangan.

6. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul seperti Gambar A, B, dan C.

7. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.

8. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur 2 hingga 4.

TEKAN TUBI UBAH SUAI - PEREMPUAN

Prosedur Ujian

1. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti Ilustrasi 6.

2. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia iaitu tangan dibuka seluas bahu dan lutut fleksi. Berat badan disokong oleh tangan lurus dan lutut. Lutut difleksi dan kedua-dua belah kaki tidak bersilang. Kedudukan badan dan paha sentiasa diluruskan dan muka pandang ke lantai – rujuk Gambar A.

3. Turunkan badan dengan siku difleksi sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm – rujuk Gambar B.

4. Luruskan tangan dalam kedudukan asal – rujuk Gambar C.

5. Turutan lakuan A, B, dan C melengkapkan kiraan satu ulangan.

6. Tekan tubi ubah suai diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul seperti Gambar A, B, dan C.

7. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi ubah suai secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.

8. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur 2 hingga 4.