PROSEDUR UJIAN

Prosedur Ujian

1. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti Ilustrasi 7.

2. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan baring dan fleksi lutut 90o serta telapak kaki sentiasa menyentuh tilam senaman. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi, selari dengan badan, dan telapak tangan sentiasa rata di atas tilam senaman sepanjang ujian. Hujung jari yang terpanjang menyentuh penanda pertama – rujuk Gambar A.

3. Pada setiap lakuan ringkuk tubi separa, bahagian bawah belakang badan hendaklah sentiasa menyentuh tilam senaman semasa bahu diangkat. Kedua-dua belah tangan menggelongsor sehingga hujung jari menyentuh penanda kedua – rujuk Gambar B dan kembali ke kedudukan asal – rujuk Gambar C.

4. Murid melakukan ringkuk tubi separa mengikut bunyi metronom yang diperdengarkan selama 1 minit tanpa henti. Lakuan maksimum ringkuk tubi separa adalah sebanyak 25 ulangan.

5. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid:

i. Tidak dapat mengikut bunyi metronom.

ii. Tidak dapat melakukan ringkuk tubi separa dengan teknik yang betul dua kali berturut-turut seperti prosedur 2 hingga 3.

iii. Berhenti melakukan ujian sebelum tamat 1 minit.

7. Skor diambil kira berdasarkan ulangan dibuat selama 1 minit atau setakat murid berhenti.