7.1 | kerja tenaga dan kuasa

tenaga

  • Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja.

  • Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk seperti tenaga elektrik tenaga haba tenaga bunyi tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

  • Tenaga boleh berubah bentuk daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain apabila kerja sedang dilakukan.

  • Namun demikian tenaga tidak boleh dicipta ataupun dimusnahkan. Oleh itu jumlah tenaga adalah sentiasa tetap.

Kerja

  • Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya yang dikenakan dengan sesaran dalam arah daya.

  • Kerja = daya (N) X sesaran (m)

  • Unit SI bagi kerja ialah joule (J) sama unit SI bagi tenaga.

  • 1 joule tenaga ialah 1 Newton daya yang digunakan untuk menggerakkan objek sejauh 1 meter dalam arah yang sama dengan daya.

  • Kerja adalah kuantiti tenaga yang digunakan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu kerja yang dilakukan adalah bersamaan dengan tenaga yang dipindahkan.

  • Contohnya

    • seseorang yang menolak keretanya

    • Seorang pelajar mengangkat buku-buku nya dari atas meja ke sebuah almari.

  • Tiada kerja dilakukan sekiranya seseorang berdiri tegak kerana sesarannya adalah sifar.

Latihan Pengukuhan

Latihan 1

Ali menggunakan daya 30 N untuk menolak sebuah kotak sejauh 5 m. Hitung kerja yang dilakukan oleh Ali.

Jawapan:

Kerja (J) = daya (N) X sesaran (m)

= 30 N X 5 m

= 150 J


Latihan 2

Berat sekampit beras ialah 50 N. Seorang pekerja memikul 4 kampit beras yang serupa dan menaiki tangga setinggi 6 meter. Hitung kerja yang dilakukan oleh pekerja untuk memikul beras itu.

Jawapan:

Kerja (J) = daya (N) X sesaran (m)

= (50 N X 4) X 6 m

= 1200 J


Latihan 3

Ammar membawa beg yang seberat 120 N. Dia kemudiannya berlari sejauh 100 m sebelum menaiki tangga setinggi 10 meter. Hitung kerja yang dilakukan oleh Ammar.

Jawapan:

Menurut konsep sains, tiada kerja bagi beg pada jarak 100 m kerana mengangkat menegak ke atas.

Kerja (J) = daya (N) X sesaran (m)

= 120 N X 10 m

= 1200 J

kuasa