6.1 | Penjanaan tenaga elektrik

Sumber tenaga

Sumber-sumber tenaga dibahagikan kepada dua jenis

1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui. (Sumber ini tidak akan habis)

2. sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. (sumber yang akan habis)

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui:

  1. Tenaga hidro,

  2. Tenaga ombak,

  3. Tenaga solar,

  4. Tenaga angin,

  5. Tenaga geoterma

  6. Tenaga biojisim

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui:

  1. Tenaga nuklear,

  2. Arang batu

  3. Gas asli

  4. Petroleum

penjanaan tenaga elektrik

  • Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui proses aruhan elektromagnet. Dawai konduktor perlu digerakkan dalam medan magnet atau sebaliknya. Ini kerana tenaga elektrik yang dihasilkan apabila medan magnet terpotong dan arus-arus yang terhasil dipanggil arus aruhan.

  • Terdapat pelbagai jenis penjana seperti:

  1. Penjana elektrik terma

  2. Penjana elektrik hidro

  3. Penjana elektrik diesel

  4. Penjana elektrik turbin gas

  5. Penjana elektrik nuklear

  • Penjana elektrik terma menggunakan petroleum, gas asli atau arang batu.

  • Bahan api akan dibakar untuk mendidihkan air supaya stim terhasil. Stim bertekanan tinggi akan memutarkan turbin dan putaran turbin menggerakkan dinamo yang menjana tenaga elektrik.

  • Berikut adalah struktur am stesen janakuasa terma.

  • Penjana elektrik hidro menggunakan air yang di simpan di dalam empangan untuk menjana tenaga elektrik. Air yang ditahan di kawasan tinggi disalurkan ke penjana yang berada di kawasan yang lebih rendah. Aliran air akan memutarkan turbin yang mana menggerakkan dinamo seterusnya menjana tenaga elektrik.

Gambarajah stesen janakuasa hidro

  • Penjana elektrik diesel menggunakan minyak diesel untuk menjana tenaga elektrik.


  • Penjana elektrik turbin gas menggunakan gas asli dan gas petroleum sebagai bahan api.

  • Penjana elektrik nuklear menggunakan bahan radioaktif seperti uranium sebagai bahan apinya. Tindak balas nuklear yang berlaku di dalam reaktor nuklear akan membebaskan banyak sangat haba. Haba ini digunakan untuk memanaskan air yang menghasilkan stim. Stim bertekanan tinggi akan menggerakkan dinamo yang mana akan menghasilkan tenaga elektrik.


Gambar rajah stesen janakuasa nuklear

arus terus dan arus ulang alik

  • Terdapat dua jenis arus elektrik iaitu arus terus dan arus ulang alik

  • Arus terus adalah arus yang mengalir dalam satu arah tertentu sahaja.

  • Arus ulang alik adalah arus yang mengalir dalam arah yang berubah-ubah dengan masa.

  • Osiloskop Sinar Katod (OSK) adalah peralatan elektronik yang digunakan untuk menunjukkan bentuk graf voltan melawan masa bagi arus terus dan arus ulang alik.


Gambar rajah osiloskop sinar katod

Perbandingan antara arus terus dan arus ulang alik :

  1. Bentuk graf arus terus adalah malar manakala bentuk graf arus ulang alik berubah-rubah dengan masa.

  2. Arus terus pada satu arah sahaja manakala arus ulang alik bergerak berubah-ubah mengikut masa.

  3. Arus terus nilai voltan yang tetap manakala arus ulang-alik nilai voltannya berubah-rubah

  4. Sumber arus terus ialah sel suria dan bateri, manakala sumber arus ulang alik kebanyakan penjana tenaga elektrik.

Masalah berkaitan bekalan elektrik

  • Di sesetengah kawasan pendalaman masih ada lagi yang tidak dapat bekalan elektrik kerana kos terlalu tinggi untuk membina penjana tenaga elektrik atau untuk memasang sesalur elektrik maka penduduk di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sungai membina penjana elektrik seperti mini hidro.

  • Di kawasan tanah tinggi atau tanah lapang yang berangin pula menjana tenaga elektrik melalui kincir angin dipasang pada kawasan tersebut