BAB 3 | pENGANGKUTAN

Sistem Pengangkutan Organisma

  • Dalam organisma ringkas, bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien masuk terus ke dalam sel secara resapan melalui membran sel.

  • Organisma kompleks seperti manusia, haiwan vertebrata dan tumbuhan multisel mempunyai sistem pengangkutan yang khusus.

Sistem Peredaran Darah

  • Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada jantung, darah dan salur darah.

  • Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung disebut arteri.

  • Salur darah yang membawa darah masuk ke jantung disebut vena.

  • Di vena, darah dihalang oleh injap daripada mengalir balik.

  • Peredaran pulmonari terdiri daripada salur darah yang mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu untuk dioksigenkan dan mengembalikan darah beroksigen ke jantung.

  • Peredaran sistemik terdiri daripada aorta dan semua cabangnya (arteri) yang mengangkut darah beroksigen ke tisu-tisu badan dan mengembalikan darah terdeoksigen ke jantung.

Jantung

Jantung

  • Jantung ialah satu organ berotot yang mengecut dan mengendur secara berterusan untuk mengepam darah ke seluruh badan.

  • Terdapat empat jenis salur darah yang bersambung pada jantung:

(a) Vena kava membawa darah terdeoksigen dari seluruh bahagian badan ke atrium kanan

(b) Arteri pulmonari membawa darah terdeoksigen dari jantung ke peparu

(c) Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari peparu ke jantung

(d) Aorta membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan

  • Kapilari darah membawa darah dari arteri ke vena.

Denyutan Jantung dan Nadi

  • Bunyi ‘dub’ dihasilkan oleh penutupan injap sabit pada aorta dan arteri pulmonari (diastol).

  • Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dipanggil bacaan tekanan diastolik.

  • Bunyi ‘lub’ pula dihasilkan oleh penutupan injap trikuspid dan bikuspid antara atrium dengan ventrikel (sistol).

  • Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dipanggil bacaan tekanan sistolik.

  • Denyutan nadi dihasilkan oleh pengecutan dan pengenduran dinding arteri yang berotot.

  • Aktiviti fizikal, jantina, umur dan keadaan kesihatan mempengaruhi kadar denyutan nadi.

Darah Manusia

  • Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet.

  • Darah terdiri daripada sel-sel darah yang terapung dalam bendalir yang disebut plasma.

  • Plasma mengandungi bahan-bahan terlarut seperti mineral dan makanan tercerna.

Sel darah merah

Sel darah putih

Plasma

Kumpulan Darah

  • Terdapat empat kumpulan darah manusia, iaitu A, B, AB dan O.

  • Pemindahan darah adalah pemberian darah daripada penderma kepada penerima.

  • Jenis darah yang dipindahkan kepada penerima seharusnya serasi untuk mengelakkan penggumpalan darah (aglutinasi).

  • Kumpulan darah A dan B masing-masing mengandungi antigen A (antibodi Anti-B) dan B (antibodi Anti-A).

  • Kumpulan darah AB mengandungi kedua-dua antigen A dan B tetapi tiada antibodi Anti-A dan B.

  • Kumpulan darah O tidak mengandungi sebarang antigen tetapi mengandungi antibodi Anti-A dan B.

Transpirasi

  • Transpirasi adalah satu proses kehilangan air dalam bentuk wap air melalui penyejatan daripada stoma (bukaan) pada daun tumbuhan.

  • Jika suhu persekitaran meningkat, kadar transpirasi juga akan bertambah. Kadar transpirasi akan menurun pada hari yang sejuk atau mendung.

  • Keamatan cahaya yang tinggi meningkatkan kadar transpirasi. Hal ini disebabkan tumbuhan menjalankan fotosintesis apabila stoma terbuka.

  • Angin atau udara yang bergerak meningkatkan kadar transpirasi. Angin menyebabkan air tersejat dengan lebih cepat dari permukaan daun.

  • Udara kering meningkatkan kadar transpirasi. Semakin kering (kelembapan lebih rendah) udara persekitaran, semakin cepat air akan tersejat daripada tumbuhan.

  • Transpirasi menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan. Dengan ini, kepekatan bendalir sel dapat dikawal. Selain itu, transpirasi membantu mengangkut air dan mineral dari akar ke seluruh tumbuhan.

Pengangkutan dalam Tumbuhan

  • Xilem dan floem ditemukan dalam berkas vaskular.

    • Xilem mengangkut air dan mineral dari akar ke daun.

    • Floem mengangkut makanan (glukosa) dari daun ke batang dan akar. Makanan ini dibina dalam daun hijau semasa fotosintesis.

Latihan