BAB 1 | RANgSANGAN & GERAK BALAS

1.3 | Rangsangan & gerak balas dalam tumbuhan

  • Gerak balas tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:

    1. Tropisme- gerak balas terarah tumbuhan terhadap rangsangan. Tindakannya perlahan

      • Tropisme positif - ke arah rangsangan

      • Tropisme negatif - menjauhi rangsangan.

    2. Gerak balas nastik- gerak balas tidak bergantung pada arah rangsangan. tindakannya lebih pantas

tropisme

  • Terdapat 4 jenis tropisme :-

    1. Fototropisme - gerak balas terhadap cahaya.

    2. Hidrotropisme - gerak balas terhadap air.

    3. Geotropisme - gerak balas terhadap graviti

    4. Tigmotropisme - gerak balas terhadap sentuhan

fototropisme (cahaya)

  • Fototropisme positif

    • Pucuk tumbuh ke arah cahaya

    • Penting- membantu pucuk mendapatkan cahaya untuk fotosintesis

  • Fototropisme negatif

    • Akar tumbuh menjauhi cahaya

Pucuk benih kacang

hidrotropisme (air)

  • Hidrotropisme positif

    • Akar tumbuh ke arah air

    • Penting- membantu akar mendapat air dan garam mineral dari tanah

    • Hidrotropisme positif lebih kuat berbanding geotropisme positif

  • Hidrotropisme negatif

    • Pucuk tumbuh menjauhi air

Akar pokok jagung

geotropisme (graviti)

  • Geotropisme positif

    • Akar tumbuh ke arah air

    • Penting- membantu akar menembusi tanah bagi mendapat air dan akar dapat mencengkam tanah dengan kuat

    • Hidrotropisme positif lebih kuat berbanding geotropisme positif

  • Geotropisme negatif

    • Pucuk tumbuh bertentangan arah dengan graviti.

Akar banir

tigmotropisme (sentuhan)

  • Tigmotropisme positif

    • Sulur paut atau batang yag berlilit berpaut pada sebarang objek atau tumbuhan yang bersentuhan dengannya.

    • Penting- membantu tumbuhan tumbuh secara menegak untuk mendapatkan cahaya dan sokongan.

  • Tigmotropisme negatif

    • Akar akan mengelak sebarang objek yang menghalanginya daripada mendapatkan air.

Sulur paut pada pokok timun

Batang yang berlilit pada pokok seri pagi

gerak balas nastik

  • Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan, cahaya dan haba.

  • Arah gerak balas tidak bergantung pada arah ransangan

  • Contoh pergerakan nasti:

    1. Daun perangkap lalat Venus tertutup apabila serangga hinggap di atasnya.

    2. Daun pokok semalu (Mimosa pudica) tertutup apabila disentuh.

  • Penting - melindungi diri daripada kecederaan & mendapatkan makanan.

Pokok perangkap lalat Venus

Pokok Semalu

Pemerhatian gerak balas tumbuhan bahagian 1

Pemerhatian gerak balas tumbuhan bahagian 2

latihan