BAB 1 | RANgSANGAN & GERAK BALAS

1.2 | Rangsangan & gerak balas dalam manusia

  • Organ deria adalah organ yang mengesan rangsangan

  • Ada 5 organ deria iaitu kulit, hidung, lidah, telinga dan mata

  • Manusia mempunyai 5 lima deria iaitu sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.

Mata

  • Organ deria penglihatan

  • Rangsangan - Cahaya

Rajah struktur mata


  • Terdapat 2 fotoreseptor iaitu :-

    1. Sel rod peka kepada keamatan cahaya yang berbeza termasuklah cahaya yang samar tetapi tidak peka kepada warna cahaya.

    2. Sel kon peka kepada warna cahaya dalam keadaan yang cerah. Terdapat tiga jenis sel kon iaitu sel kon yang peka kepada cahaya merah, hijau dan biru.

MEKANISME PENGLIHATAN

  1. Cahaya dari objek masuk melalui pupil.

  2. Cahaya dibiaskan oleh kornea, gelemair, kanta mata dan gelemaca

  3. Imej terhasil lebih kecil dan songsang (terbalik)

  4. Fotoreseptor pada retina akan menukarkan imej kepada impuls saraf yang akan dihantar ke otak.

  5. Otak akan menterjemah impuls dan mengubah imej songsang menjadi tegak

TELINGA

  • Organ deria pendengaran

  • Rangsangan - Bunyi (getaran)

Rajah struktur telinga

Mekanisme Pendengaran

HIDUNG

  • Organ deria bau

  • Rangsangan - Bahan kimia dalam udara

Rajah struktur hidung

lidah

  • Organ deria rasa

  • Rangsangan - Bahan kimia (makanan & minuman)

  • Reseptor rasa boleh kesan 5 rasa asas -manis, masam, masin, pahit & umami

Rajah struktur lidah

kulit

  • Organ deria sentuhan (organ paling besar)

  • Rangsangan - sakit, panas, sejuk, sentuhan & tekanan

Rajah struktur kulit


  • Kepekaan kulit bergantung kepada bilangan reseptor dan ketebalan epidermis

Had & Kecacatan penglihatan & pendengaran

  • Ilusi optik berlaku apabila objek dilihat berbeza daripada keadaan sebenar.

  • Titik buta adalah imej yang bentuk pada bintik buta.

  • Rabun jauh – imej di depan retina, kanta tebal, bebola panjang

    • cara membetulkan →kanta cekung

  • Rabun dekat – imej di belakang retina, kanta nipis, bebola pendek

    • cara membetulkan→kanta cembung

  • Astigmatisme – kornea atau kanta tidak rata

    • cara membetulkan→kanta silinder

  • Had deria pendengaran manusia 20 Hz – 20 000 Hz.

  • Kecacatan pendengaran - jangkitan, kecederaan, usia dan lama terdedah dengan bunyi kuat.

  • cara membetulkan→ alat bantuan pendengaran, implan & pembedahan.

Ilusi optik

Rabun jauh

Rabun dekat

Astigmatisme

Kanta silinder

Alat bantu pendengaran

Implan

PdPc PAK21

LATIHAN