BAB 1 | RANgSANGAN & GERAK BALAS

1.4 | KEPENTINGAN GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN DALAM HAIWAN LAIN

PENGLIHATAN STEREOSKOPIK & MONOKULAR

  • Haiwan karnivor mempunyai penglihatan stereoskopik

  • Haiwan herbivor mempunyai penglihatan monokular

Penglihatan stereoskopik

  • Kedua-dua mata berada di hadapan kepala.

  • kedua-dua mata digunakan untuk melihat satu objek.

  • Keluasan medan penglihatan kecil.

  • Medan penglihatan yang bertindih banyak.

  • lmej tiga dimensi yang terbentuk di dalam medan penglihatan yang bertindih.

  • Keupayaan menganggar jarak yang baik membantu haiwan memburu.

  • Ada pada manusia dan kebanyakan haiwan pemangsa.

Penglihatan monokular

  • satu mata di setiap belah kepala.

  • satu mata sahaja digunakan untuk melihat satu objek.

  • Keluasan medan penglihatan besar.

  • Medan penglihatan yang tidak bertindih atau bertindih sedikit sahaja.

  • Imej dua dimensi yang terbentuk di dalam medan penglihatan yang bertindih.

  • Medan penglihatan yang luas membolehkan haiwan mengesan musuh dari semua arah.

  • Ada pada kebanyakan haiwan mangsa

PENDENGARAN STEREOFONIK

  • Pendengaran stereofonik ialah pendengaran menggunakan kedua-dua belah telinga.

  • Ia membantu manusia menentukan arah dan lokasi bunyi.

  • Manusia boleh mendengar 20Hz - 20 000Hz.

  • Haiwan berbeza mempunyai julat frekuensi pendengaran berbeza

Anjing

67 - 45000 Hz

Tikus

200 - 76000 Hz

Kelawar

2000 - 1110000 Hz

Dolfin

150 - 150000 Hz

Organ deria menjamin kesinambungan haiwan di Bumi

Landak

Duri tajam bergerak balas apabila diserang

Belut elektrik

Menghasilkan medan elektrik untuk menentukan arah & perubahan di persekitarannya

Kumbang

Feromon yang terhasil membantu dalam mencari pasangan

Ikan

Garis lateral mengesan perubahan air, kesan mangsa & membantu pergerakan

LATIHAN