2.2 | Pergerakan dan Pertukaran Gas di dalam Badan Manusia

Pergerakan dan Pertukaran Oksigen dan Karbon Dioksida di dalam Badan Manusia

  • Kandungan oksigen yg tinggi dalam alveolus menyebabkan proses RESAPAN oksigen dari alveolus ke kapilari darah berlaku.

  • Di dalam kapilari darah, oksigen bergabung dengan HAEMOGLOBIN dalam sel darah merah bagi membentuk OKSIHAEMOGLOBIN.

  • Oksihaemoglobin diangkut ke sel. Gas oksigen dibebaskan dan meresap ke dalam sel badan.

  • Di dalam sel badan, proses pengoksidaan makanan iaitu RESPIRASI SEL berlaku untuk menghasilkan tenaga dan karbon dioksida.

  • KARBON DIOKSIDA meresap keluar dari sel ke dalam tisu kapilari dan seterusnya diangkut ke peparu utk disingkirkan.

Pergerakan dan pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam alveolus dan kapilari darah seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Ciri-ciri alveolus yang membantu dalam pertukaran gas

Alveous :-

  • Mempunyai dinding yang lembap

  • Mempunyai dinding nipis setebal satu sel

  • Mempunyai luas permukaan besar yang terdedah kepada udara

  • Kapilari darah yang banyak

LATIHAN