6.3 | penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik

Sistem pengagihan

  • Sistem pengagihan tenaga elektrik terdiri daripada:

  1. Rangkaian grid Nasional

  2. Stesen transformer

  3. Lapangan suis

  4. Pencawang masuk utama

  5. Pencawang bahagian

  • Stesen Jana kuasa arus ulang alik dengan voltan kira-kira 11 kV dihasilkan.

  • Voltan arus ulang alik yang dihasilkan akan dinaikkan kepada 132 kV oleh transformer injak naik dan memasuki rangkaian grid nasional.

  • Rangkaian grid nasional terdiri daripada satu jaringan kabel yang dihubungkan kepada semua stesen kuasa.

  • Voltan arus di rangkaian grid nasional perlu tinggi untuk meningkatkan kecekapan pengaliran dengan mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dalam bentuk haba.

  • Rangkaian grid nasional kemudiannya disambungkan kepada pencawang masuk utama di mana voltan harus diturunkan oleh transformer injak turun kepada kira-kira 33 kV.

  • Voltan 33 kV ini kemudiannya diturunkan lagi kepada 11 kV di pencawang bahagian oleh transformer injak turun.

  • Lapangan suis ditempatkan di beberapa tempat di sepanjang kabel penghantaran untuk memutuskan litar secara automatik sekiranya berlaku litar pintas.

  • Kelebihan rangkaian grid nasional

  1. Kehilangan tenaga dapat dikurangkan kerana elektrik diagihkan pada voltan yang tinggi

  2. Penjanaan dan pengagihan elektrik dapat dikawal mengikut permintaan

  3. Tenaga elektrik masih boleh diagihkan oleh stesen berlainan dalam rangkaian grid Nasional jika sebuah stesen kuasa mengalami kerosakan atau gangguan.


  • Kabel yang membawa bekalan elektrik dalam rangkaian grid nasional boleh menjanakan medan magnet di sekelilingnya. Kehadiran medan magnet ini boleh menyebabkan gangguan pada peralatan elektrik di kediaman yang berhampiran dengan pilon rangkaian grid nasional.

sistem pendawaian di rumah

  • Terdapat dua jenis pendawaian yang biasa digunakan iaitu;

      1. pendawaian 1 fasa

      2. pendawaian 3 fasa

  • Rumah-rumah kediaman yang memerlukan bekalan elektrik rendah atau sederhana biasanya menggunakan pendawaian satu fasa. Pendawaian fasa 1 biasanya membekalkan tenaga elektrik bervoltan 240 V.

  • Pendawaian 3 fasa biasanya digunakan oleh industri ringan dan berat yang melebihi 415 V.

  • Tenaga elektrik dari pencawang bahagian dihantar ke rumah melalui dua jenis wayar iaitu dawai hidup dan dawai neutral.

  • Dawai hidup (berwarna perang) membawa arus elektrik ke rumah yang dawai neutral (berwarna biru) mengembalikan arus elektrik kepada pencawang bahagian.

  • Arus yang diagihkan ke rumah dialirkan melalui peti fius utama dan seterusnya ke dalam meter elektrik tetapkan bilangan unit tenaga elektrik yang digunakan.

  • Fius utama berfungsi untuk memutuskan litar jika terdapat arus berlebihan mengalir melaluinya.

  • Arus kemudiannya akan mengalir memasuki suis utama yang mengawal bekalan arus kesemua bahagian litar di rumah

  • Setiap bahagian litar di rumah dipasang dengan suis dan fius masing-masing.

  • Kotak fius mengandungi fius utama dan fius-fius lain bagi pelbagai bahagian di rumah.

palam 2 pin dan palam 3 pin

  • Peralatan elektrik disambungkan ke soketnya melalui palam 2 pin atau palam 3 pin.

  • Palam 3 pin mempunyai tiga pin yang ditanda dengan huruf L (hidup), N (neutral) dan E (bumi)

  • Dawai bumi berfungsi untuk mengalirkan arus terbocor dari peralatan elektrik ke bumi.

  • Palam 2 pin hanya mempunyai 2 pin yang di tanda huruf L dan N.

  • Di Malaysia semua peralatan elektrik perlu disambungkan kepala suis melalui palam 3 pin namun terdapat sesetengah negara menggunakan palam 2 pin.

komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah

  • Komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah termasuklah suis, dawai bumi, fius, pemutus litar dan konduktor kilat.

    • Suis berfungsi untuk melengkapkan atau memutuskan arus yang mengalir dalam suatu litar elektrik.

    • Dawai bumi akan mengalirkan arus elektrik terputus terus ke bumi

    • Fius dipasang untuk memutuskan litar apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi nilai maksimum fius.

    • Pemutus litar bocor ke bumi ( ELCB) disambungkan kepada suis sesalur di rumah. Berfungsi untuk memutuskan litar elektrik apabila arus yang besar mengalir, contohnya ketika ribut petir.

    • Pemutus litar miniatur (MCB) mempunyai suis suis automatik yang mengawal nilai arus yang mengalir ke pelbagai bahagian litar di rumah. Kebanyakkan kotak fius masa kini sudah diganti dengan pemutus litar miniatur .

    • Konduktor kilat adalah satu rod logam yang mempunyai satu hujung tajam dan hujung satu lagi dibumikan. konduktor kilat dipasang pada bahagian bangunan yang tinggi untuk mengelakkan bangunan itu daripada mengalami kerosakan akibat disambar oleh kilat. Kilat akan tertarik kepada konduktor kilat dan arus elektrik dari kilat akan terus mengalir ke bumi.

  • Fius adalah satu komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah ialah seutas dawai halus berintangan tinggi yang diperbuat daripada aloi tin dan plumbum. Dawai fius mempunyai takat lebur yang rendah supaya senang melebur jika arus yang berlebihan mengalir melaluinya. Terdapat dua jenis fius iaitu fius dawai dan fius katrij.

Keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dan penggunaan peralatan elektrik

  • Litar pintas berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui laluan dengan rintangan paling rendah. dalam peralatan elektrik litar pintas berlaku sekiranya penebat dawai elektrik yang digunakan sudah terkoyak atau mereput. hal ini menyebabkan arus elektrik mengalir pada arah yang tidak sepatutnya. semasa melakukan pendawaian elektrik litar pintas berlaku apabila dawai hidup menyentuh dawai neutral. fenomena litar pintas boleh menyebabkan kejutan elektrik, kerosakan litar, kebakaran dan letupan.

  • Punca-punca kemalangan elektrik lazimnya adalah kelalaian dan sikap tidak peduli pengguna sendiri termasuklah:

      1. Pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak sempurna.

      2. Tidak mematuhi langkah langkah keselamatan

      3. Kerosakan pada peralatan elektrik

      4. Penyalahgunaan sistem pendawaian

  • Langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan elektrik termasuklah:

  1. Memastikan pemasangan litar elektrik di rumah mengikut peraturan.

  2. Tidak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik dalam satu litar yang sama untuk mengelakkan pengaliran arus yang terlalu besar.

  3. Menggantikan fius yang terbakar dengan dawai fius yang sesuai

  4. Tidak menyentuh dawai yang terdedah.

  5. Memastikan penebat dawai tidak rosak, bocor atau koyak.

  • Langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlaku kejutan elektrik:

  1. Jangan sentuh mangsa yang terkena kejutan elektrik kerana anda juga boleh terkena kejutan elektrik.

  2. Memastikan suis utama di matikan.

  3. Pisahkan mangsa dengan punca elektrik menggunakan kayu, kepingan getah atau bahan penebat elektrik yang lain.

  4. Berikan pertolongan cemas kepada mangsa yang pengsan atau telah berhenti bernafas.

  5. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.