6.2 | TRANSFORMER

  • Transformer digunakan untuk mengubah voltan arus ulang alik

  • Transformer terdiri daripada teras besi lembut berlamina yang dililit dengan gegelung dawai pada dua bahagian yang berlainan.

  • Gegelung di mana arus elektrik memasuki dipanggil gegelung primer dan voltan yang melalui gegelung primer dikenali sebagai voltan primer.

  • Gegelung di mana arus elektrik keluar dari transformer dikenali sebagai gegelung sekunder. Voltan arus elektrik di gegelung sekunder dikenali sebagai voltan sekunder.

  • Terdapat dua jenis transformer iaitu:

  1. Transformer injak naik

  2. Transformer injak turun

  • Transformer injak naik digunakan untuk menaikkan voltan arus ulang alik. Gegelung primer mesti kurang daripada bilangan lilitan gegelung sekunder.

  • Transformer injak turun digunakan untuk menurunkan voltan arus ulang alik. Gegelung primer mesti mempunyai lebih daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder.

Gambar rajah transformer

Fungsi Transformer dalam penggunaan elektrik di rumah.

  • Bekalan elektrik yang sampai di rumah mempunyai voltan kira-kira 240 V.

  • Kebanyakan peralatan elektrik dirumah beroperasi pada voltan yang lebih rendah.

  • Sebagai contoh sebuah komputer riba beroperasi dengan voltan kira-kira 20 V. Oleh yang demikian bekalan elektrik 240 V perlu dikurangkan dengan transformer injak turun yang ada pada adapter yang disambungkan ke komputer riba.

  • Bagi mengira masalah berkaitan transformer dapat rumus untuk menyelesaikan masalah tersebut iaitu :

Contoh

  1. Bilangan lilitan dalam gegelung primer dan ke dalam sebuah transformer ringkas adalah 160 lilitan dan 480 lilitan masing-masing. Jika voltan yang dibekalkan kepada transformer itu ialah 50 V, berapakah nilai voltan sekunder nya?

Vp = 50 V , Np = 160 , Ns = 480

Vp = Np

Vs Ns

Vs = Ns x Vp

Np

Vs = 480 x 50V

160

Vs = 150 V

Voltan sekunder ialah 150 V.


  1. Gegelung primer sebuah transformer mempunyai 300 lilitan lebih banyak daripada bilangan lilitan gegelung sekundernya. Apabila arus dengan voltan 100 V dibekalkan kepadanya, arus ulang alik dengan voltan 40 V dihasilkan. Hitung bilangan lilitan pada gegelung primer dan sekunder transformer itu.

Bilangan lilitan gegelung sekunder 200. Gegelung primer = 500

Dengarkan podcast penuh di Spotify dengan menekan butang Follow.