PROGRAM RESENSI BUKU
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS (IPGK)
PROGRAM RESENSI BUKU
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS (IPGK)
Program Resensi Buku IPGK yang telah diadakan pada tahun 2024 diteruskan untuk tahun 2025. Pihak pengurusan IPGM telah memutuskan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) membudayakan pembacaan dengan menjalankan aktiviti resensi (ulasan) buku dalam bentuk video pendek berdurasi tidak melebihi tiga (3) minit untuk dikongsikan bahan bacaan tersebut di platform media sosial setiap IPGK. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pembacaan dan berkongsi bahan bacaan kepada khalayak IPGK khasnya. Bahan bacaan yang dikongsikan dari perpustakaan IPGK masing-masing agar dapat dimanfaatkan oleh warga IPGK yang lain.
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025
Program Jom Membaca Selama 10 Minit 2025 peringkat IPG Kampus Rajang telah diadakan pada 23 April 2025 (Rabu). Program tahunan yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Semasa program ini berlangsung, peserta akan berhenti sejenak dan membaca buku selama 10 minit.
Pihak Pusat Sumber mengucapkan terima kasih atas penglibatan warga IPG Kampus Rajang dalam program ini.
TAKLIMAT PERKHIDMATAN KEPADA PENERBIT
Taklimat Perkhidmatan Kepada Penerbit telah diadakan pada 09 Mei 2025 (Jumaat) di Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPG Kampus Rajang. Para peserta taklimat terdiri daripada Staf Akademik IPG Kampus Rajang. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Yazmin binti Yusuf, Pembantu Pustakawan S2 & Puan Juliana Meda anak Seman, Pembantu Pustakawan S2 TBK1. Taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang perkhidmatan kepada penerbit yang merangkumi permohonan ISBN, ISSN & PDP. Semoga taklimat ini dapat memberi pengetahuan kepada peserta tentang permohonan ISBN, ISSN & PDP serta serahan bahan perpustakaan.
PENCARIAN MAKLUMAT DI PUSAT SUMBER
Sesi Pencarian Maklumat di Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 02 Julai 2025 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Rajang. Sesi ini dihadiri oleh siswa guru PPSIMP BIBB Elektif PSV 2024/2029. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pencarian maklumat di Pusat Sumber, bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM, dan juga melalui pangkalan data langganan oleh Pustaka Negeri Sarawak. Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Juliana Meda anak Seman, Pembantu Pustakawan.
TAKLIMAT KEPADA PENSYARAH BAHARU (TAKLIMAT PUSAT SUMBER, E-PERPUSTAKAAN IPG KPM & U-PUSTAKA PNM)
Taklimat Kepada Pensyarah Baharu telah dilaksanakan pada 17 Julai 2025 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Rajang. Taklimat telah dihadiri oleh sembilan (9) orang Pensyarah Akademik baharu. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah baharu tentang Pusat Sumber, cara pencarian bahan bacaan di Pusat Sumber dan bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Dik anak Nira, Ketua Pusat Sumber dan Puan Juliana Meda anak Seman, Pembantu Pustakawan IPG Kampus Rajang.
SLOT TAKLIMAT PUSAT SUMBER - MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (MPPPB) PISMP AMBILAN OGOS 2025
Taklimat Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Sri Rajang (DSR), IPG Kampus Rajang. Taklimat telah dihadiri oleh pelajar PISMP Ambilan Ogos 2025. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan, koleksi Pusat Sumber dan bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Dik anak Nira, Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Rajang.
SLOT TAKLIMAT PUSAT SUMBER - MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PISMP TAHUN 1 SEMESTER 1
Taklimat Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 18 Ogos 2025 bertempat di Dewan Sri Rajang (DSR), IPG Kampus Rajang. Taklimat telah dihadiri oleh pelajar Pelajar PISMP BIBB Elektif PSV 2024 / 2029 dan PISMP BMMB (LK) 2024 / 2029. Sesi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan, kemudahan, koleksi Pusat Sumber dan bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM. Sesi pendaftaran sebagai ahli u-Pustaka juga dijalankan semasa taklimat ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris, Pustakawan IPG Kampus Rajang.
SESI PENCARIAN BAHAN DI PUSAT SUMBER
Sesi Pencarian Bahan di Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 03 September 2025 2025 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Rajang. Sesi ini dihadiri oleh pelajar PPISMP BIBB Ogos 2025/2030 dan PISMP BMMB 1 Ogos 2025/2030. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pencarian bahan di Pusat Sumber melalui Web OPAC, bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM, dan juga melalui pangkalan data langganan oleh Pustaka Negeri Sarawak. Sesi pendaftaran sebagai ahli u-Pustaka juga dijalankan semasa taklimat ini. Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Juliana Meda anak Seman, Pembantu Pustakawan IPG Kampus Rajang.
WARNAI MALAYSIAKU
Program ini telah dilaksanakan pada 11 September 2025. Program ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada negara dan menggalakkan pembacaan melalui poster yang disediakan, iaitu melalui aktiviti pertandingan mewarna kepada murid-murid Prasekolah Usahajaya Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025
Program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang telah diadakan pada setiap hari Selasa, sepanjang bulan Oktober 2025. Program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah bersempena dengan Karnival Baca Perdana 2025. Semasa program ini berlangsung, peserta akan berhenti sejenak dan membaca buku selama 10 minit di sekitar kampus dan juga di mana-mana sahaja.
SLOT TAKLIMAT PUSAT SUMBER – MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (MPPPB) PDPP PERDANA AMBILAN NOVEMBER 2025
Taklimat Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 04 November 2025 bertempat di Dewan Sri Rajang (DSR), IPG Kampus Rajang. Taklimat telah dihadiri oleh pelajar PDPP Perdana Ambilan November 2025. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan, koleksi Pusat Sumber dan bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM.
SLOT TAKLIMAT PUSAT SUMBER – MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (MPPPB) PDPP COS SARAWAK AMBILAN NOVEMBER 2025
Taklimat Pusat Sumber telah dilaksanakan pada 04 November 2025 bertempat di Dewan Sri Rajang (DSR), IPG Kampus Rajang. Taklimat telah dihadiri oleh pelajar PDPP Perdana Ambilan November 2025. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan, koleksi Pusat Sumber dan bahan sumber dalam talian melalui Google Sites Pusat Sumber, u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia, e-Perpustakaan IPG KPM.
TOP BORROWER (PEMINJAM BUKU TERBANYAK)
Top Borrower (Peminjam Buku Terbanyak) mula dilaksanakan pada tahun 2022 di Pusat Sumber IPG Kampus Rajang. Pemilihan Top Borrower adalah berdasarkan jumlah buku yang dipinjam daripada pusat sumber dan statistik peminjaman adalah berdasarkan rekod yang terdapat di dalam sistem bersepadu perpustakaan, sistem ILMU. Top Borrower Pusat Sumber dibahagikan kepada tiga (3) iaitu untuk Pensyarah dan Pegawai Pengurusan, Anggota Kumpulan Pelaksana dan Siswa Pendidik.
IKON MEMBACA
Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang melalui aktiviti peminjaman buku. Ikon Membaca telah dipilih berdasarkan peminjaman buku terbanyak, iaitu Encik Leonard Leong Siew Kwong, Pembantu Tadbir (P/O) N2.
HEBAHAN BUKU BAHARU, BUKU POPULAR & SUMBER DALAM TALIAN
Pusat Sumber IPG Kampus Rajang turut melaksanakan hebahan buku-buku baharu, buku popular dan sumber dalam talian untuk rujukan para pengguna. Aktiviti hebahan sepanjang tahun yang telah dilaksanakan ini dilakukan melalui Papan Kenyataan Pusat Sumber, WhatsApp, Google Sites Pusat Sumber, Facebook dan Instagram. Hebahan ini bukan sahaja untuk memberi pemakluman kepada pengguna, tetapi juga untuk menggalakkan penggunaan bahan rujukan di Pusat Sumber serta sumber dalam talian.