SESI REFRESHER PUSAT SUMBER
Tarikh : 18 Januari 2023 & 6 Julai 2023
Tempat : Pusat Sumber IPG Kampus Rajang
Masa : 09.00 pagi – 16.00 petang
Fasilitator : -
Peserta : Staf Pusat Sumber
Sesi Refresher Pusat Sumber telah dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus 18 Januari 2023 dan 6 Julai 2023. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan semula kepada Sistem ILMU, keselamatan, perkhidmatan, kemudahan pusat sumber, koleksi pusat sumber kepada staf pusat sumber.
BENGKEL PEMURNIAN BUKU PANDUAN
PUSAT SUMBER
Tarikh : 06 & 07 Februari 2023
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : 09.00 pagi – 16.00 petang
Fasilitator : -
Peserta : Staf Pusat Sumber
Bengkel Pemurnian Buku Panduan Pusat Sumber telah diadakan pada 06 dan 07 Februari 2023 di Pusat Sumber IPG Kampus Rajang. Bengkel ini bertujuan untuk menambah baik lagi buku panduan yang pernah diterbitkan sebelum ini. Antara perkara yang dibincangkan semasa bengkel ini adalah pemurnian pada pengenalan, objektif, peraturan pusat sumber dan carta organisasi. Pemurnian buku panduan ini juga selaras dengan perubahan masa kini dalam bidang kepustakawanan. Buku panduan ini juga bakal dijadikan panduan oleh warga IPG Kampus Rajang untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber.
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2023
Tarikh : 18 Mei 2023
Tempat : IPG Kampus Rajang & di rumah
Masa : 11.00 – 11.10 pagi
Fasilitator : -
Peserta : Pensyarah, Anggota Kumpulan Pelaksana & Siswa Pendidik
Program Jom Membaca Selama 10 Minit telah diadakan pada 18 Mei 2022. Program tahunan yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Semasa program ini berlangsung, peserta akan berhenti sejenak dan membaca buku selama 10 minit. Pihak Pusat Sumber mengucapkan terima kasih atas penglibatan warga IPG Kampus Rajang dalam program ini.
IKON MEMBACA
Tarikh : 08 September 2023
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : -
Peserta : Pensyarah, Anggota Kumpulan Pelaksana & Siswa Pendidik
Program Ikon Membaca telah dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Rajang pada 08 September 2023. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga IPG Kampus Rajang. Ikon Membaca dipilih melalui statistik peminjaman buku di Pusat Sumber untuk sepanjang tahun 2023. Tiga (3) orang Ikon Membaca telah dipilih berdasarkan peminjam buku terbanyak (top borrower), iaitu Encik Bejamin anak Liam bagi Kategori Pensyarah, Encik Leonard Leong Siew Kwong untuk kategori Anggota Kumpulan Pelaksana dan saudari Syarifah Nur Maisarah binti Wan Razali, pelajar PISMP BMMB 2 Jun 2021/2026. Tahniah diucapkan kepada semua.
PENDOKUMENTASIAN LAPORAN TAHUNAN UNIT
Tarikh : 17 Oktober 2023
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris
Peserta : Staf Pusat Sumber
Pada 17 Oktober 2023, Pusat Sumber telah mengadakan perbincangan untuk pendokumentasian laporan tahunan unit. Staf pusat sumber juga telah menyumbangkan gambar-gambar yang diambil semasa program/aktiviti untuk dimasukkan ke dalam laporan tahunan unit.