KOLEKSI RUJUKAN (REFERENCE)
Terdiri daripada bahan rujukan seperti kamus dan ensiklopedia. Buku dalam koleksi ini dilabelkan dengan kod “REF”. Koleksi ini boleh dipinjam.
KOLEKSI TANDA MERAH (RED SPOT)
Koleksi Tanda Merah terdiri daripada bahan bacaan terpilih dan hanya terdapat satu naskhah sahaja di Pusat Sumber. Koleksi ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk kegunaan rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja. Buku dilabelkan dengan kod "RS".
KOLEKSI RAK TERBUKA (OPEN SHELF)
Terdiri daripada bahan bacaan dalam semua bidang perkara yang boleh dipinjam. Buku dilabelkan dengan kod "OS".
KOLEKSI TERBITAN BERSIRI
Terdiri daripada jurnal, laporan tahunan, majalah dan buletin terbitan dalam negara yang diterbitkan secara berkala yang meliputi pelbagai bidang perkara. Koleksi ini boleh dipinjam.
KOLEKSI RAJANGIANS (TERBITAN IPGKR)
Terdiri daripada bahan bacaan terbitan IPG Kampus Rajang seperti buku dan jurnal.
KOLEKSI BAHASA IBAN
Bahan bacaan yang diterbitkan dalam bahasa Iban. Koleksi ini boleh dipinjam.
KOLEKSI BUKU TEKS
Koleksi ini terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Iban. Koleksi ini boleh dipinjam. Buku dilabelkan dengan kod "TXB".
KOLEKSI KPPB
Koleksi ini terdiri daripada buku KPPB yang diterbitkan oleh IPGK yang lain dan IPGM, untuk rujukan para pensyarah akademik.
KOLEKSI RMK/MK
Koleksi ini terdiri daripada buku-buku yang dijadikan sumber rujukan asas atau sumber rujukan tambahan para pensyarah dan pelajar untuk setiap kursus yang diambil. Koleksi ini boleh dipinjam.
KOLEKSI TESIS & KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)
Hasil penulisan pelajar peringkat Sarjana Muda Pendidikan dan tidak boleh dipinjam, tidak boleh dibawa keluar, hanya untuk kegunaan rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja.
KOLEKSI KANAK-KANAK
Terdiri daripada buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Koleksi ini boleh dipinjam.
PENGKELASAN KOLEKSI PUSAT SUMBER
Pusat Sumber IPG Kampus Rajang menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification (DDC). Buku-buku pada rak disusun dan dikelaskan kepada sepuluh (10) bidang utama iaitu nombor seperti berikut:
CONTOH NOMBOR PANGGILAN DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION (DDC)
Berikut merupakan contoh nombor panggilan Dewey Decimal Classification pada rak di Pusat Sumber.