Perpustakaan abad ke-21 bukan sekadar menyediakan maklumat dalam bentuk fizikal, juga secara dalam talian. Kini lebih banyak perpustakaan menyediakan perkhidmatan secara dalam talian, untuk memudahkan pengguna. Perubahan teknologi yang pesat menuntut perpustakaan untuk lebih kreatif dan inovatif, agar sentiasa relevan. Kewujudan pelantar dalam talian seperti akaun rasmi media sosial, Google Meet, Zoom, Webex dan sebagainya membolehkan perpustakaan berinteraksi dan menyampaikan maklumat kepada pengguna.
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah mengubah perkhidmatan perpustakaan seluruh dunia dan juga cara kerja kakitangan di perpustakaan. Pusat Sumber IPG Kampus Rajang juga mengalami perkara yang sama, di mana kakitangan mula beradaptasi dengan penggunaan pelantar dalam talian untuk aktiviti dan program yang dijalankan, promosi perkhidmatan dan kemudahan juga dilakukan secara maya.
Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan IPG Kampus Rajang atas sokongan anda terhadap program dan aktiviti yang dijalankan, juga terima kasih kepada warga IPG Kampus Rajang yang sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf Unit Pusat Sumber yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas untuk menyampaikan perkhidmatan kepada warga IPG Kampus Rajang.
Akhir kata, saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat seluruh warga IPG Kampus Rajang yang dikasihi. Terima kasih atas sokongan anda kepada Pusat Sumber dan teruskan sokongan anda kepada kami.
Sekian, terima kasih.
Encik Dik anak Nira
Ketua Pusat Sumber
2022 - kini