Warga IPG Kampus Rajang yang berdaftar sebagai ahli layak menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Perkhidmatan Sirkulasi merangkumi Keahlian, Peminjaman, Pemulangan dan Tempahan/Pembaharuan Peminjaman.
Keahlian pusat sumber adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada:
- Staf akademik IPGKR
- Staf bukan akademik IPGKR
- Pelajar IPGKR
- Kanak-kanak Prasekolah Usahajaya IPGKR
Pendaftaran keahlian boleh dilakukan dengan mengisi borang keahlian pusat sumber yang disediakan.
Warga IPG Kampus Rajang yang berdaftar sebagai ahli layak menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
Sukarelawan Pusat Sumber diwujudkan bertujuan membantu Pusat Sumber dalam menyampaikan maklumat perkhidmatan dan aktiviti yang dianjurkan Pusat Sumber kepada siswa pendidik IPG Kampus Rajang.
KELEBIHAN MENJADI LIBRARY CREW?
Kelayakan pinjaman buku sebanyak sepuluh (10) naskhah berbanding hanya lima (5) naskhah bagi pelajar lain.
Tempoh pinjaman buku adalah 21 hari / 3 minggu berbanding 14 hari / 2 minggu bagi pelajar lain.
Mendapat keutamaan dalam menggunakan kemudahan dan perkhidmatan pusat sumber.
Perkhidmatan peminjaman buku adalah PERCUMA kepada semua ahli Pusat Sumber IPG Kampus Rajang.
Mesti berdaftar sebagai ahli Pusat Sumber IPG Kampus Rajang.
Hanya koleksi yang berada di Rak Majalah dan Rak Terbuka (Open Shelf) boleh dipinjam.
Koleksi yang terdapat pada Rak Red Spot dan koleksi Kajian Tindakan (Action Research) di Bilik Rujukan Khas tidak boleh dipinjam dan hanya digunakan untuk rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja.
Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
Bahan pusat sumber yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.
Pemulangan buku boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan (semasa waktu perkhidmatan sahaja).
Pengguna adalah dinasihatkan supaya membuat pembaharuan peminjaman sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh pemulangan buku.
Peminjam boleh memperbaharui peminjaman bahan tersebut sekiranya bahan itu tidak ditempah pengguna lain selepas tiga (3) hari.
Pembaharuan peminjaman boleh dilakukan SEKALI sahaja.
Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebelum tarikh pemulangan melalui hadir ke kaunter perkhidmatan atau secara kendiri melalui Web OPAC.
Denda Kelewatan: Caj 20 sen sehari untuk setiap buku yang dipinjam.
Buku yang hilang digantikan dengan buku baru yang sama berserta wang proses sebanyak RM10.00.