RUANG PENYIMPANAN BARANG DAN LOKAR BERKUNCI
Ruang penyimpanan barang dan lokar berkunci digunakan untuk menyimpan barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa ke ruang dalam Pusat Sumber. Pengguna boleh mendapatkan kunci lokar daripada staf di kaunter perkhidmatan.
PSIPGKR SANTAI CORNER
Ruang makan dan minum layan diri ini untuk disediakan untuk pengguna. Makanan dan minuman disediakan dengan caj harga yang berpatutan. Pengguna hanya boleh makan dan minum di ruang yang disediakan. Terdapat board games disediakan di ruang ini.
RUANG BACAAN
Pusat Sumber IPG Kampus Rajang menyediakan ruang bacaan untuk kegunaan pengguna pusat sumber. Terdapat extension socket disediakan pada setiap meja untuk kegunaan pengguna.
BILIK RUJUKAN KHAS
Bilik ini menempatkan buku-buku rujukan MK, kajian tindakan (AR). Bilik ini hanya boleh dimasuki oleh dua (2) orang pelajar pada satu-satu masa.
SUDUT KANAK-KANAK
Sudut ini dikhaskan untuk menempatkan buku bacaan untuk kanak-kanak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
MEJA KAREL
Terdapat lapan (8) buah meja karel disediakan untuk pengguna yang ingin melakukan pembelajaran kendiri (self-study).
BILIK KOMPUTER & INTERNET
Pusat Sumber turut menyediakan bilik komputer dan akses kepada Internet untuk kegunaan pengguna mencari maklumat secara dalam talian. Pengguna juga boleh membawa peranti mudah alih sendiri seperti komputer riba dan tablet.
SUDUT BIBLIOTERAPI
Sudut ini menempatkan bahan bacaan ringan untuk bacaan santai.