📌Senarai permohonan ISBN/eISBN/ISSN/eISSN IPGKR:
Senarai Permohonan ISBN/e-ISBN/ISSN/e-ISSN IPG Kampus Rajang
Pusat Sumber IPGKR menyediakan perkhidmatan kepada penerbit untuk membantu warga IPG Kampus Rajang yang ingin menerbitkan bahan terbitan di peringkat IPGKR. Perkhidmatan ini dilaksanakan dengan mengemukakan permohonan untuk :
International Standard Book Number (ISBN) : buku fizikal seperti buku cerita, buku biografi, dan sebagainya.
e-International Standard Book Number (e-ISBN) : buku elektronik / digital seperti e-buku.
International Standard Serial Number (ISSN) : bahan bersiri fizikal seperti majalah, jurnal, laporan tahunan dan buletin.
e-International Standard Serial Number (e-ISSN) : bahan bersiri elektronik / digital seperti e-jurnal, e-majalah
📌Untuk membuat permohonan ISBN/e-ISBN/ISSN/e-ISSN/ sila klik di sini
Apa itu ISBN?
International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.
ISBN diberikan kepada bahan berbentuk fizikal (bercetak) manakala e-ISBN diberikan kepada bahan berbentuk digital (e-book atau audiobook) dan bahan sumber elektronik (CD, DVD atau pendrive).
ISBN/e-ISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN/e-ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982..
ISBN yang telah diberikan hendaklah dicetak di kulit belakang buku.
Contoh ISBN:
ISBN 978-983-99557-1-2
ISBN 978-967-5492-39-6
ISBN 978-967-491-068-6
Apa itu ISSN?
International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan sesebuah penerbitan berkala.
ISSN diberikan kepada bahan berbentuk fizikal (bercetak) manakala e-ISSN diberikan kepada bahan berbentuk digital dan bahan sumber elektronik (CD, DVD atau pendrive).
ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.
ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.
Contoh ISSN:
ISSN 1823-7037
ISSN 2590-4329
CONTOH BARKOD ISSN
CONTOH BARKOD e-ISSN