BENGKEL PRESERVE THE PAST FOR THE FUTURE
(BENGKEL PENJILIDAN & PEMULIHARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN)
Tarikh : 18 - 20 Januari 2022
Tempat : Pusat Sumber IPG Kampus Rajang
Masa : 08.00 pagi – 4.00 petang
Fasilitator : Pn. Philomena Septimus Amit & En. Alexander Tow Ah Lek
Peserta : 36 orang (Staf & Siswa Pendidik)
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan untuk memelihara serta memulihara dokumen, rekod rasmi serta bahan perpustakaan dengan lebih efektif, mempelajari kemahiran asas penjilidan, pemeliharaan serta pemuliharaan dan juga memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memelihara serta memulihara dokumen, rekod rasmi serta bahan perpustakaan.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta yang terlibat berpeluang membuat kerja-kerja praktikal serta teori tentang pemeliharaan serta pemuliharaan bahan. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah atas perkongsian ilmu yang diberikan sepanjang bengkel ini.
TEMA TAHUN BAHARU CINA: TIK TOK
Tarikh : 8 Februari 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : -
Peserta : Siswa Pendidik
Program Tema Tahun Baharu Cina: Tik Tok telah dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Rajang pada 8 Februari 2022. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para siswa pendidik IPG Kampus Rajang dengan penghasilan video TikTok bertemakan Tahun Baharu Cina. Hebahan aktiviti ini telah diadakan melalui laman Facebook rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
SINOPSIS BUKU: IKON MEMBACA
Tarikh : 17 Januari - 30 Mei 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : -
Peserta : Pensyarah, Anggota Kumpulan Pelaksana & Siswa Pendidik
Program Sinopsis Buku: Ikon Membaca telah dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Rajang bermula 17 Januari – 30 Mei 2022. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga IPG Kampus Rajang dengan penulisan sinopsis buku.
Dua orang Ikon Membaca telah dipilih berdasarkan penghantaran sinopsis buku yang terbanyak, iaitu Puan Nancy anak Guyang untuk Kategori Pensyarah dan Puan Rose Snanie anak Melina untuk kategori Anggota Kumpulan Pelaksana.
TEMA HARI RAYA AIDILFITRI: INFOGRAFIK
Tarikh : 10 Mei 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : -
Peserta : Siswa Pendidik
Aktiviti Tema Hari Raya Aidilfitri: Infografik telah dijalankan pada 10 Mei 2022. Aktiviti ini bertujuan untuk untuk mencungkil bakat para siswa pendidik IPG Kampus Rajang dengan penghasilan infografik yang bertemakan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Melalui pembacaan kendiri yang dilakukan oleh siswa pendidik, mereka telah berjaya menghasilkan infografik yang menarik. Peserta diberikan beberapa tema infografik untuk dipilih. Lima (5) infografik terbaik telah terpilih untuk aktiviti ini.
PERKONGSIAN COVID-19
Tarikh : 26 Julai 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : -
Peserta : Siswa Pendidik
Aktiviti Perkongsian COVID-19 telah dijalankan pada 26 Julai 2022. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat para siswa pendidik IPG Kampus Rajang dengan penghasilan infografik berkaitan dengan COVID-19 dan juga memupuk budaya membaca melalui pembacaan untuk mencari maklumat berkenaan COVID-19. Peserta diberikan beberapa tema infografik untuk dipilih.
BENGKEL PENCARIAN MAKLUMAT (PENGKATALOGAN)
Tarikh : 21 September 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Fasilitator : Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris
Peserta : Staf Pusat Sumber
Bengkel Pencarian Maklumat (Pengkatalogan) telah diadakan pada 21 September 2022. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas pengkatalogan kepada staf pusat sumber. Peserta juga diberikan latihan hands-on untuk menguji kefahaman mereka untuk membina rekod katalog.
PENDOKUMENTASIAN LAPORAN TAHUNAN UNIT
Tarikh : 20 Oktober 2022
Tempat : IPG Kampus Rajang
Masa : -
Fasilitator : Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris
Peserta : Staf Pusat Sumber
Pada 20 Oktober 2022, Pusat Sumber telah mengadakan perbincangan untuk pendokumentasian laporan tahunan unit. Staf pusat sumber juga telah menyumbangkan gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti untuk dimasukkan ke dalam laporan tahunan unit.