Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisyen dan efektif.
Memperoleh dan mengguna kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasikan maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan profesionalisme guru.
Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat dalam kalangan pengguna.
objektif
Menyediakan koleksi sumber maklumat pada peringkat institut perguruan bagi penggunaan semua ahli bagi memenuhi aspirasi IPG Kampus Rajang dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memberi perkhidmatan maklumat dan rujukan kepada para pelajar, pensyarah dan kakitangan IPG Kampus Rajang.
Mengurus sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang-bidang yang ditawarkan di institut ini.