JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
Program Jom Membaca Selama 10 Minit 2024 peringkat IPGM Kampus Rajang telah diadakan pada 23 April 2024. Program tahunan yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Semasa program ini berlangsung, peserta akan berhenti sejenak dan membaca buku selama 10 minit.
Aktiviti yang dijalankan bersempena program ini ialah Pertandingan Teka Berat Buku yang menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga IPGM Kampus Rajang. Pihak Pusat Sumber mengucapkan terima kasih atas penglibatan warga IPGM Kampus Rajang dalam program ini.
PROGRAM KOLABORATIF INTELEKTUAL KE STEMLAB
KE PERPUSTAKAAN HAMSIAH,
IPGM KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN
Program Kolaboratif Intelektual ke STEMLab dan Pusat Sumber IPGM Kampus Tun Abdul Razak telah diadakan pada 24 hingga 26 April 2024 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bertujuan untuk menjalin hubungan perpustakaan dan perkongsian idea dalam pengurusan perpustakaan akademik. Terima kasih atas kesudian pihak Perpustakaan Hamsiah menerima kunjungan kami.
PROGRAM 'WARNAI MALAYSIAKU'
Program Warnai Malaysiaku telah diadakan pada 12 September 2024 bersempena dengan Bulan Kemerdekaan. Program ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada negara dan menggalakkan pembacaan melalui poster yang disediakan, iaitu melalui aktiviti pertandingan mewarna kepada murid-murid Prasekolah Usahajaya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang.
Pihak Jabatan Sains Sosial juga turut bekerjasama untuk menjayakan program / aktiviti selaku juri pertandingan, iaitu Dr. Roziah binti Mohamad Ali dan Puan Hedya Sasha binti Abdullah. Turut hadir, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang, En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
IKON MEMBACA
Program Ikon Membaca telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang bermula 1 Januari – 30 September 2024. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang melalui aktiviti peminjaman buku.
Ikon Membaca telah dipilih berdasarkan peminjaman buku terbanyak, iaitu Encik Leonard Leong Siew Kwong, Pembantu Tadbir N22 dan penganugerahan ini telah diberikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang pada 3 Oktober 2024 yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing, Ahli Dewan Undangan Negeri N.46 Meradong dan Puan Anis Alisya binti Abdullah, Timbalan Rektor Kanan, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
PROGRAM RESENSI BUKU
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS (IPGMK)
Program Resensi Buku IPGMK telah diadakan di semua IPGMK dari bulan Januari – Oktober 2024. Pihak pengurusan IPGM telah memutuskan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGMK) membudayakan pembacaan dengan menjalankan aktiviti resensi (ulasan) buku dalam bentuk video pendek berdurasi tidak melebihi tiga (3) minit untuk dikongsikan bahan bacaan tersebut di platform media sosial setiap IPGMK. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pembacaan dan berkongsi bahan bacaan kepada khalayak IPGMK khasnya. Bahan bacaan yang dikongsikan dari perpustakaan IPGMK masing-masing agar dapat dimanfaatkan oleh warga IPGMK yang lain.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang telah menghantar sepuluh (10) buah video pendek untuk tujuan program ini dan video-video ini telah dikongsikan di platform media sosial Facebook rasmi Pusat Sumber IPGK Rajang dan Instagram rasmi Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang. Penyertaan Resensi Buku mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang terutamanya dalam kalangan para siswa pendidik. Sijil Penghargaan untuk penyertaan program ini telah diberikan kepada semua IPGM Kampus pada 22 Oktober 2024 di Dewan Serbaguna, IPGM, Cyberjaya, Selangor.
Ching Hao Yang
Membina Kecemerlangan Diri
Nur Insyirah Hanany Zakaria
Sayang: Pantun & Seloka Kanak-Kanak
Siti Noratikah Merasin
7 Steps To Emotional Intelligence
Elwee Fred
Kudeta Intro
Lestineveronica Philip
Selamat Pulang, Juita
Khairul Ikhwan Paul Dell
Randau Ruai
Nur Azyra Mohamad Azhar
Resepi Kejayaan Untuk Ketua Biro
Stanley Dunstern Alfanso
7 Formula Hidup Sukses
Nuha Fatihah Bohari
Khalid: Memburu Syahid
Sarah Asmin
Jenayah Homisid
PERTANDINGAN RESENSI BUKU: SASTERA NADI JIWA BANGSA
Pertandingan Resensi Buku: Sastera Nadi Jiwa Bangsa telah diadakan pada 18 hingga 27 Mac 2024. Pertandingan ini adalah bersempena dengan Aktiviti Eksplorasi Bahasa Melayu 2.0, merupakan hasil kerjasama antara Exco Pengurusan Acara dan Protokol, Persatuan Ahli Bahasa Melayu (PERBAYU) dan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang.
Pertandingan Resensi Buku ini mewajibkan setiap peserta untuk menyediakan resensi (ulasan) buku dalam bentuk video pendek berdurasi tidak melebihi tiga (3) minit. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pembacaan dalam kalangan siswa pendidik dan berkongsi bahan bacaan kepada khalayak IPGMK khasnya. Bahan bacaan yang dikongsikan adalah terdiri daripada kesusasteraan Melayu seperti antologi puisi, cerpen dan novel. Johan pertandingan ini adalah saudari Cassandra Erica anak Jayrie dengan buku bertajuk Salina dan Naib Johan disandang oleh saudari Aliyana Hamiezah binti Abdul Rahman dengan buku bertajuk Hikayat Adiwangsa Lasykar.
TAKLIMAT PUSAT SUMBER KEPADA
PELAJAR PISMP AMBILAN TAHUN 1 SEMESTER 1 AMBILAN 2023 KELUARAN 2028
Pada 15 Ogos 2024, Taklimat Pusat Sumber telah diadakan secara dalam talian melibatkan pelajar PISMP Ambilan Tahun 1 Semester 1 Ambilan 2023 Keluaran 2028. Taklimat Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pustakawan, Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris. Taklimat ini merupakan sesi 'refresher' kepada perkhidmatan, kemudahan, peraturan, waktu operasi, e-Perpustakaan IPG KPM & u-Pustaka PNM kepada para pelajar.
TAKLIMAT PUSAT SUMBER KEPADA
PELAJAR BAHARU PISMP (PERSEDIAAN)AMBILAN OGOS 2024/2029
Pada 28 Ogos 2024, Taklimat Pusat Sumber telah diadakan di Pusat Sumber IPGM Kampus Rajang kepada pelajar baharu PISMP (Persediaan) Ambilan Ogos 2024/2029. Taklimat Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pembantu Pustakawan, Puan Juliana Meda Seman dan Cik Yazmin Yusuf. Taklimat ini merupakan pengenalan kepada perkhidmatan, kemudahan, peraturan, waktu operasi, pengenalan kepada e-Perpustakaan IPG KPM & u-Pustaka PNM kepada para pelajar baharu.
KUIZ HARI SARAWAK
Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang telah menganjurkan Kuiz Hari Sarawak bersempena Sambutan Hari Sarawak ke-61 tahun 2024 secara dalam talian dari 29 Julai hingga 02 Ogos 2024, terbuka kepada para siswa pendidik.
Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menggalakkan siswa pendidik menggunakan bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber, menambah ilmu pengetahuan tentang peristiwa bersejarah Hari Sarawak serta membantu memupuk rasa cinta dan kebanggaan terhadap negeri Sarawak. Seramai sepuluh (10) pemenang telah diumumkan untuk kuiz ini.
PERTANDINGAN POSTER DIGITAL KEMERDEKAAN
Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang telah menganjurkan Pertandingan Poster Digital Kemerdekaan, terbuka kepada para siswa pendidik mulai 20 Ogos hingga 31 Ogos 2024.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan siswa pendidik menggunakan bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber, menambah ilmu pengetahuan tentang peristiwa bersejarah Hari Kemerdekaan dan untuk mencungkil bakat penghasilan poster dalam kalangan siswa pendidik.
PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK MALAYSIA MADANI
Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Sajak Kemerdekaan Malaysia Madani bersempena Sambutan Hari Malaysia 2024 secara dalam talian dari 16 hingga 27 September, terbuka kepada para siswa pendidik.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan siswa pendidik menggunakan bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber, menambah ilmu pengetahuan tentang konsep Malaysia MADANI dan untuk mencungkil bakat-bakat penulisan sajak dalam kalangan siswa pendidik.
SESI PENDAFTARAN KEAHLIAN &TAKLIMAT PUSAT SUMBER KEPADA
PELAJAR BAHARU PROGRAM PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
AMBILAN OKTOBER 2024
Pada 12 Oktober 2024, Pusat Sumber IPGM Kampus Rajang telah membuka pendaftaran keahlian kepada pelajar baharu. Taklimat Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pustakawan, Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris. Taklimat ini merupakan pengenalan kepada perkhidmatan, kemudahan, peraturan, waktu operasi, kepada para pelajar baharu.
SESI PENDAFTARAN KEAHLIAN &TAKLIMAT PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR BAHARU PROGRAM PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) PERDANA
AMBILAN OKTOBER 2024
Pada 28 Oktober 2024, Taklimat Pusat Sumber telah diadakan di Dewan Sri Rajang, IPGM Kampus Rajang kepada pelajar baharu Program Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Perdana Ambilan Oktober 2024. Sesi pendaftaran keahlian dibuka kepada pelajar baharu. Taklimat Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pustakawan, Cik Mavis Viviena anak Alvin Morris. Taklimat ini merupakan pengenalan kepada perkhidmatan, kemudahan, peraturan, waktu operasi, kepada para pelajar baharu.