Slip IOU akan dikepilkan bersama preskripsi asal jika bekalan ubat tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya, terutamanya jika tempoh sah prekripsi atau tarikh temu janji dengan klinik pakar melebihi 1-2 bulan (berdasarkan paras stok).
Anda disarankan kembali ke klinik pakar anda untuk mendapatkan preskripsi yang baru.
✒ Anda perlu menunjukkan tiket penerbangan (PULANG)/ surat majikan/ permit kerja sekali dengan surat daripada doktor (untuk tujuan imigrasi) di kaunter farmasi.
✒ Jika ubat anda adalah Dadah Berbahaya, bekalan hanya dihadkan sebanyak satu bulan.
Anda boleh ambil bekalan ubat anda seawal 14 hari (termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) sebelum tarikh slip IOU anda.
Boleh. Sekiranya slip IOU anda belum tamat tempoh sah (sebelum tarikh temujanji klinik).
Tidak boleh. Sekiranya anda datang pada 10/5/2023, anda hanya dapat ambil bekalan ubat selama 10/5/2023 – 10/6/2023 (1 bulan) sahaja.
✒ Farmasi klinik pakar/ Farmasi Pediatrik/ Farmasi Pusat Rawatan Harian.
✒ Jika melebihi pukul 5.30 petang, sila hala ke farmasi kecemasan (ETD) untuk ambil ubat anda.