Farmasi pengeluaran steril merangkumi Unit rekonstitusi ubat sitotoksik (CDR) dan Unit penyediaan nutrisi parenteral dan IV admikstura (TPN). Tugasan mereka perlu dilaksanakan dalam kompleks steril farmasi.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu & Cuti umum: 8:00am - 1:00pm
Ahad: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama
Unit CDR menyediakan perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik terutamanya untuk pesakit-pesakit yang menghidapi kanser. Ubatan ini disediakan dalam Biosafety Cabinet di dalam bilik steril. Perkhidmatan klinikal haemato-onkologi serta pediatrik onkologi turut disediakan untuk mengoptimakan penjagaan farmaseutikal pesakit-pesakit berkaitan.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu & Cuti umum: 8:00am - 1:00pm
Ahad: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama
Unit TPN pula menyediakan nutrisi parenteral, IV admikstura dan lain-lain sediaan aseptik serta perkhidmatan farmasi nutrisi klinikal. Penyediaan ini juga dihasilkan di dalam bilik steril. Nutrisi parenteral lazimnya disediakan untuk neonate serta pesakit surgikal yang tidak berdaya untuk menelan makanan pepejal. Pegawai farmasi yang bertugas juga melaksanakan pre-initiation preview untuk kes-kes berkaitan.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama
Unit pengeluaran bukan steril menghasilkan farmaseutikal untuk kegunaan dalaman dan luaran serta pembungkusan unit dos (UD).