Farmasi Pesakit Luar menawarkan perkhidmatan pendispenan ubat-ubatan untuk pesakit dari klinik pakar, kecemasan serta rawatan harian. Perkhidmatan lain seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), kaunseling ubat-ubatan (individu atau kumpulan), Klinik Berhenti Merokok dan Methadone juga ditawarkan. Bekalan ubat adalah terhad kepada 1-2 bulan tertakluk kepada tahap stok dan berdasarkan polisi KKM. Pelbagai perkhidmatan nilai tambah seperti Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem temujanji farmasi melalui Faks, Emel, SMS & Telefon (F.E.S.T), Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS), Sistem kad temujanji, Ubat Melalui Pos (UMP), MyUbat, Farmasi Pandu Lalu (Drive Through) serta Medilock disediakan untuk memudahkan pesakit mengambil ubat susulan.
Piagam pelanggan Farmasi Pesakit Luar:
1. Ubat-ubatan yang betul dibekalkan kepada pelanggan tidak melebihi 30 minit selepas preskripsi yang lengkap diterima.
2. Pelanggan yang berdaftar untuk menggunakan Sistem Nilai Tambah Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 7:30am - 5:30pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Klinik Pakar (Specialist Block)
Membekalkan ubat kepada pesakit klinik pakar dari rawatan harian respiratori, rawatan harian ginekologi dan semua klinik pakar selain Klinik RTU, Klinik Pediatrik dan Klinik Psikiatri.
Waktu Operasi:
Isnin - Ahad & Cuti umum: 24 JAM
Lokasi: Jabatan Kecemasan & Trauma (sebelah Zon Kuning)
Membekalkan ubat kepada pesakit dari (termasuk Discaj):
Kecemasan dan trauma (24 jam)
Semua Wad [untuk ubat yang diperlukan dengan segera sahaja dari 5:30pm sehingga 7:30am hari keesokannya]
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Waktu Rehat (Jumaat sahaja): 1:00pm - 2:15pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: TUTUP
Lokasi: Tingkat bawah, Blok Rawatan Harian
Membekalkan ubat kepada pesakit dari semua klinik rawatan harian (kecuali respiratori & ginekologi) dan Klinik Psikiatri.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Waktu Rehat (Isnin-Khamis): 1:00pm - 2:00pm
Waktu Rehat (Jumaat sahaja): 11:45pm - 2:15pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: TUTUP
Lokasi: LG, Kozi Square
Membekalkan ubat kepada pesakit dari Klinik Pediatrik sahaja.