Farmasi Logistik bertanggungjawab untuk memperoleh dan membekal produk farmaseutikal, gas perubatan, IV drip dan keperluan surgikal kepada semua seksyen/unit di hospital.
Mereka bertanggungjawab dalam memantau semua jenis peruntukan di bawah kawalan serta kualiti produk yang diterima bagi memastikan penjagaan pesakit yang optima dan selamat. Semua produk di bawah jagaan juga perlu disimpan dalam keadaan yang bersesuaian dan diuruskan berdasarkan tatacara yang berkuatkuasa.
Piagam pelanggan:
Membekalkan item standard kepadaa pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Waktu rehat: 1:00pm - 2:00pm (Isnin - Khamis)
: 11:45am - 2:15pm (Jumaat)
Sabtu, Ahad & Cuti umum: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama