PENGENALAN JABATAN
PENGENALAN JABATAN
Jabatan Farmasi Hospital Umum Sarawak (HUS) mula beroperasi pada tahun 1970 untuk menyediakan perkhidmatan farmaseutikal kepada pesakit serta jabatan lain di hospital. Perkhidmatan farmasi bermula dengan perkhidmatan farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan farmasi stor, sebelum perkhidmatan-perkhidmatan lain diperkenalkan, iaitu farmasi wad (2004), farmasi MTAC (2009), farmasi penyediaan steril (2009) dan farmasi nuklear (2010). Mulai Ogos 2009, perkhidmatan farmasi juga telah dilanjutkan ke 24 jam, bermula di farmasi klinik pakar, sebelum ditukarkan ke farmasi ETD. Dari segi saiz, Jabatan Farmasi terus berkembang dengan penubuhan Farmasi Pandu Lalu di Kozi Square pada tahun 2020 serta Farmasi Pusat Rawatan Harian (Daycare) pada tahun 2021. Jabatan Farmasi Hospital Umum Sarawak kini dipimpin oleh Pn. Martina Hu Sieng Ming dan mempunyai tenaga kerja seramai 200 orang. HUS juga merupakan hospital pelatih untuk Provisionally Registered Pharmacists (PRP) serta pusat sangkutan pelbagai kepakaran farmasi klinikal serta Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).