Farmasi nuklear menyedia dan membekalkan radiofarmaseutikal Tc-99m dan radioiodine untuk kegunaan diagnosa serta rawatan pesakit di Jabatan Nuklear. Unit Farmasi Nuklear berpangkalan di Hospital Umum Sarawak, tetapi pegawai yang terlibat turut menyediakan radiofarmaseutikal yang diperlukan di Pusat Jantung Sarawak (PJS).
Pegawai farmasi di unit tersebut juga menyelaras urusan pembelian bahan radiofarmaseutikal yang diperlukan serta menyediakan perkhidmatan klinikal di wad berkaitan.