Sumber Maklumat Farmasi berfungsi untuk menyokong Ketua Jabatan Farmasi dalam pengurusan operasi dan kualiti farmasi, sumber manusia, formulari hospital serta inisiatif keselamatan pengubatan. Seksyen ini juga bertanggungjawab menyelia program/aktiviti latihan kakitangan dan Program Kenali Ubat Anda, selain menyediakan perkhidmatan maklumat ubat, kad alahan ubat (allergy card), kad vaksin, kad steroid serta kad medical condition kepada pesakit.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm (Waktu rehat: 1:00pm - 2:00pm)
Sabtu, Ahad & Cuti umum: TUTUP
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama