Perutusan daripada
Ketua Jabatan Farmasi
- MARTINA HU SIENG MING -
- MARTINA HU SIENG MING -
Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Jabatan Farmasi Hospital Umum Sarawak. Jabatan kami mempunyai 200 lebih kakitangan yang sentiasa berusaha untuk memastikan penyampaian perkhidmatan serta penjagaan farmaseutikal yang optima kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital ini.
Perkhidmatan farmasi merupakan komponen penting dalam sistem kesihatan Malaysia. Kami memainkan pelbagai peranan yang penting yang penting seperti pendispensan ubat, kaunseling serta pemantauan terapi ubat untuk pesakit-pesakit yang dirawat dalam wad hospital mahupun di klinik pakar. Kami sentiasa komited untuk memastikan semua pesakit mendapat rawatan ubat yang berkesan serta selamat.
Selain itu, Jabatan Farmasi kami juga menjalankan tugas bertunjangkan visi dan misi hospital. Kami bekerjasama dengan kakitangan kesihatan lain untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada semua pesakit. Pasukan kami juga bekerjasama rapat dengan kepimpinan hospital untuk melaksanakan program, polisi dan inisiatif baru yang dapat meningkatkan penjagaan dan keselamatan pesakit.
Jika tuan/puan mempunyai sebarang komen terhadap perkhidmatan farmasi yang diterima, pihak kami berharap tuan/puan boleh menyalurkan cadangan penambahbaikan kepada kami. Cadangan tersebut amat penting supaya kami dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang sedia ada dan menambah baik perkhidmatan kami.
Sekian, terima kasih.