Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi pencapaian piawaian kecemerlangan dalam amalan farmaseutikal.
Melaksanakan dasar dan amalan farmasi yang boleh menjamin penjagaan farmaseutikal, produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan adalah berkualiti tinggi.
Penetapan minda penyampaian perkhidmatan berpaksikan pesakit dan berpaksikan keselamatan dalam kalangan tenaga kerja farmasi serta meningkatkan kerjasama dengan jabatan lain untuk mencapai matlamat berpaksikan pesakit dan keselamatan.
Menilai perkhidmatan yang diberikan secara berterusan untuk memastikan perkhidmatan mematuhi piawaian dan amalan terbaik.
Membina kapasiti dan profesionalisme melalui pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja farmasi.
Memastikan perolehan, penyimpanan dan pengurusan farmaseutikal yang cekap.
Mengeluarkan produk farmaseutikal yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal dan farmasi yang berpusatkan pesakit serta konsisten dengan piagam pelanggan.
Memastikan peluang yang mencukupi untuk semua kakitangan farmasi menerima pendidikan berterusan.
Membina budaya kerja yang selamat dan harmoni, semua orang bekerja sebagai satu pasukan.