Farmasi Pesakit Dalam menawarkan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit di wad melalui Sistem Unit-of-Use (UOU), Unit Dose (UD), After Office Hours (AOH) dan Floor Stock (FS) serta pesakit discaj. Seksyen ini juga membekalkan Ubat Psikotropik dan Dadah Berbahaya (DD) kepada semua wad dan unit. Pegawai farmasi yang bertugas turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit di wad atau semasa discaj. Kaunseling semasa discaj dilaksanakan sama ada di sebelah katil ataupun di kaunter discaj. Kakitangan farmasi akan menyaring ubat-ubatan yang dipreskrib serta menjalankan pemeriksaan wad secara berkala untuk memastikan keselamatan pengubatan pesakit. Farmasi Pesakit Dalam juga mempunyai satu unit Pengeluaran Ubat Bukan Steril yang bertanggungjawab menghasilkan ubat-ubatan kegunaan luaran dan dalaman, membekal antiseptik dan pembasmi kuman ke wad serta melaksanakan pembungkusan semula bekalan pukal kepada saiz serta unit dos yang diperlukan.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 7:30am - 5:30pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: 8:00am - 5:00pm
Lokasi: Tingkat 1, Blok Utama
Membekalkan ubat kepada pesakit dari wad(termasuk discaj wad):
Wad Urologi
Wad Rehabilitasi
Wad Bersalin (Maternity 1, 2 & 3)
Wad Vaskular
Wad Neonatal (Nursery level 1, SCN, NICU)
Wad Burn
Wad Ortopedik (Male & Female)
Wad Pembedahan (Male & Female)
Wad Perubatan (Male, Female, Medical 3, Medical 4 & Medical 5)
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: Tutup
Lokasi: Tingkat 1, Blok RTU
Membekalkan ubat kepada pesakit dari:
Rawatan Harian RTU (RTU Daycare)
Klinik RTU
Wad RTU (Male & Female)
Wad/Klinik Paliatif
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: Tutup
Lokasi: Tingkat 6, Blok Utama
Membekalkan ubat kepada pesakit dari wad sahaja:
Wad Ortopedik (Male & Female)
Wad Pembedahan (Male & Female)
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: Tutup
Lokasi: Tingkat 1, Blok Pesakit Dalam
Membekalkan ubat kepada pesakit dari wad (termasuk discaj):
Wad Pediatrik [PICU, Onkologi (P2A), Perubatan (P2B), Pengasingan (P3A), Pembedahan (P4A), Otopedik (P4B)]
Wad Neurosurgeri & Wad Neurosurgeri HDU
Wad Oftalmologi/Mata
Wad Otorinolaringologi (ENT)
Wad Hematologi
Wad Ginekologi
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am - 5:00pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum: Tutup
Lokasi: Tingkat 8, Blok Utama
Membekalkan ubat kepada pesakit dari wad sahaja:
Wad Perubatan (Male & Female)
Wad Medical 3
Wad Medical 4