Seksyen Farmakoterapi merangkumi Unit Farmasi Wad (Farmasi Klinikal) dan Unit Farmakokinetik Klinikal (TDM).
Pegawai farmasi klinikal ditempatkan di wad-wad utama hospital seperti wad medikal, surgikal, pediatrik, ICU, RTU dan kecemasan untuk menyediakan perkhidmatan berdasarkan konsep penjagaan farmaseutikal kepada pesakit di wad.
Tugas harian mereka termasuk memperoleh sejarah pengambilan ubat pesakit, menyertai rondaan wad doktor pakar, memantau perkembangan pesakit, melaksanakan semakan farmakoterapi, intervensi farmaseutikal, kaunseling ubat di tepi katil/discaj serta memberi perkhidmatan maklumat ubat.
Unit farmakokinetik klinikal juga dikenali sebagai Therapeutic Drug Monitoring (TDM) menawarkan perkhidmatan pemonitoran paras ubat-ubatan yang mempunyai narrow therapeutic index dalam badan pesakit. Pegawai farmasi yang terlibat akan mentafsir keputusan yang diterima dan membuat rekomendasi pengubahsuaian dos ubat yang berkaitan kepada doktor.
Perkhidmatan ini juga ditawarkan selepas waktu pejabat untuk kes-kes kecemasan, seperti keracunan Paracetamol. Pegawai farmasi on-call boleh dihubungi untuk tujuan ini.